Buat Duit

Sunday, February 16, 2014

Coklat Langkawi

Siapa sangka  hari  ini , saya dapat ole-ole dari Langkawi. Anak murid yang bagi , murid Tahun 1.  Semua kawan-kawan sekelas diberinya coklat Langkawi sepunjut sorang.

Dia yang nakal, yang buas, yang tak pandai membaca , yang selalu kena marah dengan saya tapi bila berjalan ada juga buah tangan untuk cikgu dan kawan-kawan. Ingatan untuk cikgu dan kawan-kawannya itulah yang buat saya tersentuh .

Bukanlah coklat mahal pun , coklat Roka campur-campur dengan coklat bar yang kecil-kecil tu tapi pemberian untuk cikgu yang baru nak masuk 2 bulan mengajar di kelasnya amat bermakna.

Sayang pula gambar tak boleh nak upload dari kamera ke komputer. Kenapa eh?



Roka di google.



17 comments:

  1. bagus budak tu...moga dia cemerlang :)

    ReplyDelete
  2. Apa pun memang rasa terharu kan. Tak sangka murid yang di marah ingat walau kemana dia pergi. Semuga anak murid tersebut menjadi seorang yang berguna kepada bangsa dan negara. Siapa tahu kan kuasa Allah. Jangan di pandang rendah kemampuan budak-budak yang kita anggap macam tak boleh berjaya kalau dia tekun dan sentiasa berusaha memajukan diri Insha Allah berjaya akhirnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu kena marah pun ingat juga kat cikgu dia.....

      Delete
  3. salam perkenalan...yang penting kan ingatan...terharu plak rietta membaca...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga ...nanti saya ke blog awak

      Delete
  4. Mesti disebalik buasnya tu, dia seorang yg lembut hati dan penyayang..
    Moga dia jadi insan cemerlang satu hari nanti...

    ReplyDelete
  5. Acik ingat nieda yang pi langkawi

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah walaupun dapat coklat tak mahal

    ReplyDelete
  7. budak2 kalau dah sayang cikgu dia...camtulah..

    p/s selalunya yang nakal tu yg ingat kita

    ReplyDelete
  8. Kenapa tak boleh plak Nieda... Masa connect tu apa yang tertulis kat screen komputer tu... mesti boleh, cer check balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah boleh dah Sweetie, rupa2nya bateri terpusing saja ..careless

      Delete