26 April 2014

Insuran

Hari ini saya nak bercerita pasal insuran. Minggu lepas saya dimasukkan ke wad Hospital Columbia- Asia , Taiping disebabkan gastrik dan batu karang di hempedu. Batu karang masih kecil dan tidak memerlukan pembedahan.

Saya masuk ke sini  sebab sakit , yang kedua sebab saya ada insuran . Bukan satu tapi dua.  Insuran pertama , Etiqa dan yang kedua Crescent (CIMB Aviva Takaful  Bhd) yang dibuat melalui Cuepac Care. Dengan harapan saya tak menghadapi masalah kewangan untuk membayar bil kelak sebab saya ada membeli insuran.

Namun apa yang mengecewakan semua tidak berguna semasa saya benar-benar memerlukan. Masing-masing menolak untuk bertanggungjawab dengan pelbagai alasan.

Alasan Etiqa sebab saya baru membeli polisi bermula pada Januari 2014.  Masih belum cukup tempoh 4 bulan atau 120 hari untuk digunakan. Bukankah semasa mula-mula nak tarik pelanggan dulu, agen menyebut polisi akan aktif apabila pelanggan membayar walaupun pada hari pertama ditimpa musibah? Atau silap saya yang tidak menyemak peraturan perjanjian? Bila dah sakit mana mungkin saya ingat apa yang tertulis.

Jadi saya menggunakan Cuepac Care pula yang disertai mulai 2008 . Sebelum ini saya tidak pernah lagi menggunakannya. Ini merupakan pengalaman pertama berurusan dengan pihak insurans. Walaupun dalam perjanjian insurans meliputi suami, isteri dan anak-anak.


Setelah 4 hari , akhirnya semua bil terpaksa dibayar sendiri dengan jumlah lebih  lima ribu ringgit. Saya sangat kecewa sebagai pemegang polisi insuran  yang mana tujuan utama membeli insuran adalah ketika kesusahan begini.

Jadi apa maknanya ada polisi tapi tak dapat digunakan?




7 comments:

  1. seriously tak boleh claim?? mana boleh gini. amik insurans dah tentu la untuk kecemasan. awak dah refer kat orang lain?

    ReplyDelete
  2. nekcik pun pkai cuepacs care..haritu tokpokcu masuk semalam..untuk checkup jantung ok jer dia bayar..
    nieda tak call hq dia kat klang tu
    mungkin boleh claim kemudian tak

    ReplyDelete
  3. Biar betiq biasa insuran mmg tuk cover jika masuk spital byk gu akak kena byr Rm5000. Spt ckp nekcik cer call balik pej insuran tu sbb byr induran tiap2 bln mana aci klau x leh claim dh dari 2008 lg tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah....rasa sgt kuciwa dgn apa yg berlaku.
      nanti nak try claim balik . banyak ooo 5K lebih

      Delete
  4. Assalam nieda..sejak 2007 rasanya suami mula vayar untuk ceupac care tu..tahun lwoas naik lagi untuk bayaran bulanan..tapi kami belum pernah guna sebab cuma pi hospital kerajaan..ada kawan anak masuk hosputal swasta..5ribu juga bayar..tapi kena bayar dulu juga..klim kemudian.

    ReplyDelete