Perjalanan ke Jakarta dan Bandung bermula pada 2 - 8 Jun lalu. Berlepas dari KLIA 2 , jadi ini merupakan pengalaman pertama menggunakan lapangan terbang baru. Kami pergi berenam. Kami 3 beranak dan 3 kawan saya Isma, Anisah dan Azaziah.
Penerbangan pukul 10.20 malam sedikit merugikan masa tetapi sebab nak tiket murah hentam sajalah labu! Sampai di sana 12 malam dan terus menuju ke Bandung. Kami dijemput oleh Jodi dengan Avanza.
Sebelum hari nak terbang , kami dah singgah sebentar di KLIA 2. Maklumlah tempat baru .Nnati senang sikit dah tahu serba sikit tempat-tempat penting .
Bila mata terpandang ketika susur masuk ke situ ....wah hebatnya airport baru. Kami singgah sekejap dengan berkereta sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka untuk majlis kenduri anak saudara . Ceritanya ada DI SINI.
Untuk parking tak ada masalah luas dan selamat . Yang tak selamatnya duit untuk bayar parking.
Sejam pertama RM 4, RM 3 untuk jam seterusnya dan kalau sehari caj RM 50 . Itu yang tahannya. Kalau dah travel berhari-hari kempis poket jugalah. Rasa-rasanya tak ada tempat parking macam kat LCCT dulu yang lebih murah dan tempat terbuka. Nak tak nak kena juga bayar juga sebab tiada pilihan lain. Jadi lepas kenduri terus balik ke Perak dan esoknya naik bas ke sana .
Jom sambung cerita di Indon pula.
Pergi dengan 2 bag , balik berbeg-beg.
Sebelum hari nak terbang , kami dah singgah sebentar di KLIA 2. Maklumlah tempat baru .Nnati senang sikit dah tahu serba sikit tempat-tempat penting .
Bila mata terpandang ketika susur masuk ke situ ....wah hebatnya airport baru. Kami singgah sekejap dengan berkereta sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka untuk majlis kenduri anak saudara . Ceritanya ada DI SINI.
Untuk parking tak ada masalah luas dan selamat . Yang tak selamatnya duit untuk bayar parking.
Sejam pertama RM 4, RM 3 untuk jam seterusnya dan kalau sehari caj RM 50 . Itu yang tahannya. Kalau dah travel berhari-hari kempis poket jugalah. Rasa-rasanya tak ada tempat parking macam kat LCCT dulu yang lebih murah dan tempat terbuka. Nak tak nak kena juga bayar juga sebab tiada pilihan lain. Jadi lepas kenduri terus balik ke Perak dan esoknya naik bas ke sana .
Jom sambung cerita di Indon pula.
Lokasi pertama yang kami singgah.
Perjalanan 3 jam dari Jakarta ke Bandung dan akan terus memulakan lawatan esoknya ...perghhhh. Kami berhenti solat subuh , mandi dan bersiap di Masjid Besar Cipaganti. Shauqi yang terus lena sampai tengahari tak mandi-mandilah jawapnya . Masjid ini sederet dengan banglo-banglo besar kiri dan kanannya.
Bila dah pagi, kami nak cari sarapan pula . Aduh susah bangat sebab kedai belum dibuka . Yang ada hanya kereta sorong biru atau kedai kecik-kecik tak berapa berani kami nak singgah .
Jodi cakap pagi-pagi sarapan popular bubur ayam dan nasi kuning.... memang itu saja yang kami nampak. Tapi , bukan pilihan kut .
Bila kami ternampak orang ramai berkerumun di sini , suami saya cadangkan kami berhenti .
Banyak sekali kuih-muih dijual dan semua sedap-sedap. Ada yag tak pernah kita tengok ...biasalahkan tempat orang, makanan pun berbeza.
Kenyanglah kami makan kuih -muih pagi tu dengan air mineral saja di dalam kereta . Apam senyum dan krim puff yang sangat-sangat lembut . Kalau apam dia memang lembut dan gebu. Nasi kuning tu...berlaukkan telur dadar . Rasanya kuning hanya diletakkan pewarna atau warna kunyit saja.
Banyak kuih sampai rambang mata.
Tengah pilih kuih.
Rambo...kedai pun tutup lagi.
Perjalanan ke Tangkuban Parahu.
Kawah
Kami di tempat wajib.
Sabar ja tunggu giliran.
Kredit to Isma
Dari menara tinjau
Kami ....lagi
Sapa teringin nak naik kuda , di sini pun ada.
Kali ini ,penjual di situ tak push kita untuk membeli barangan mereka berbanding kedatangan sebelum-sebelum ini.
Tapi ada barang yang boleh dibeli dengan harga yang masuk akal contohnya beg isi telekung yang bercorak batik. Kat Bandung tak ada ya....corak biasa adalah.
Di atas mahal sikit , kalau di bawah (sebelum naik ) boleh beli keychain
Tangkuban Parahu 5 @ 6 papan Rp 100000.
Selepas Tangkuban Parahu kami singgah di Floating market.
Nantilah saya coretkan pengalaman di enrty yang lain. Ini pun dah rasa panjang.
Dari Jakarta ke Bandung 3 jam je... tak jammed ke? Saya pergi dulu... aduh! pengsan jammed teruk...
ReplyDeleteindon mesti jamlah....tapi kami bertolak awal pagi jadi perjalanan tak ada masalah.
Deletepanjang meja kuihnya.. memang boleh rambang gaya gitu tu..
ReplyDeletemode lapar.. jadi komen pasal makanan je.. hahaha..
rai....sesekali makan kuih di tempat orang seronok juga . dpt merasa tapi ada yg sama dgn negara kita tapi nama saja tak sama
DeleteAssalam nieda..kalau acik memang semua kuih dibeli nak rasa ..pi kelantan je pun acik dah beli semua kuih yang tak biasa tengok dan rasa
ReplyDeletekak nieda, kenapa x beli tiket turun d bandung je so x perlu naik kereta 3 jam tu atau mmg akak beli tket return jakarta :-)
ReplyDeleteKlau ke bandung mmg wajib ke tangkuban perahu nih. Jm dgr floating market pun best cuma Jm je x sampai lg
Panjang dh entri? Klau compare ngan Jm nyer baru separuh muka surat :-)Ka
Kerap g indonesia eh?
ReplyDeleteMck pun dulu g fm jakarta...rasa cam waste juga perjalanan jauh tu kan...tp tangkuban perahu tak pernah sampai lagi...
ReplyDeleteemm saya tak penah ke Bandung
ReplyDeleteindonesia cuma penah ke Medan saja
mgkin satu hari nanti kita jalan2 kesana
ramai kata barangan kulitnya cantik
i follow...plessss
DeleteNieda sewa kereta jakarta terus ke bandung ye ?
ReplyDeleteSaya tak pernah sampai floating market tu lagi...
tapi serik juga menuruni denai ke Tangkuban perahu.jauh dan letih utk org brumur mcm saya.Indon2 tu pulak pndai pujuk suruh beli jualan depa..
ReplyDeleteteringin juga ke sini satu hari nanti..
ReplyDeletebaca dari blog orang dulu:-))