Sambung lagi cerita di Indonesia.
Lawatan di Floating Market masih di hari pertama selepas tangkuban Parahu dan terus dari Masjid Cipaganti selepas subuh tadi.
Floating Market ini terletak dalam daerah Lembang . Dekat dengan Resto Kampung Daun, Kampung Gajah dan Kebun Strawberi.
Namun konsep Floating Market di sini sangatlah jauh bezanya dengan Floating Market di Hadyai mahu pun di Bangkok. Tiada satu pun orang berjualan di dalam perahu seperti di Siam nun.
Ada pun sebuah replika perahu dengan buah-buahan plastik saja.
Ketika sampai di sini sudah tengahari.
Kami diberi kopun untuk ditukar denagn minuman pilihan seperti milo, coppucino dan minuman sejuk. Minta saja staff di situ akan melayan anda. Kopun ini dibayar sebagai tiket masuk tapi dapat ditukar dengan minuman pula dah kira baguslah .
Mula-mula masuk jumpa ini dulu
Pintu masuk
Di dalam bangunan ini kita dapat menukar kopun dengan minuman kesukaan.
Ini dia.....milo saya.
Deretan keladi ke kiambang menyambut tetamu......mak tak tahu.
Pemandangan sangatlah cantik.
Kami makan nasi tembel di sini.
Ada kerusi /meja di sediakan di luar tapi kami pilih makan di dalam restoren.
Indah
pemandangan cantik memikat hati.
Budak kecik ni pantang nampak kamera - Shauqi dan teacher Isma
with teacher Anisah
Apa tah ?
Susah hati nak makan apalah tengahari ni?
Makan time.
Nasi timbel Isma punya.
Isma ambil udang pepes, sayur soun, dan begedel serta air mineral.
Di sini jika set lengkap nasi timbel berharga Rp 40000.
tapi kami ambil ikut selera masing-masing.
Ada yang kurang dari Rp 40000 dan ada yang hampir Rp80000.
Nasi timbel paling mahal.
Rp77000 teacher Anisah punya.
Semua dia nak rasa..... hahahah.
Kerabu mushroom (sedap) yang putih tu, sayur kangkung, tempe goreng, begedel, dan pais ikan dalam daun pisang.
Saya punya Rp 55000 dengan air mineral.
Sayur, bergedel dan daging ( 4 segi). Daging tu sangatlah sedapnya rasa macam rendang tok pula.
Close up nasi yang mahal tu....
Nasi nya special sikit berbanding nasi kosong yang saya ambil.
Di dalam nasi ini ada cili, daun apa pun tak tahu dan udang halus yang warna putih di bungkus sekali.
Nasi cik abang saya punya.
Ayam goreng , sayur , salad dan sambal.
minuman teh o panas.
Rp 54000.
Kredit gambar kepada teman-teman saya Isma dan Anisah.
Ada gambar yang saya ambil dari mereka.
Kenyang sungguh makan nasi timbel. Mkalumlah pagi tadi hanya makan kuih-muih saja buat lapik perut.
Itu pun makan dalam kereta. Bila dah makan di sini kami tak singgah di Kampung Daun untuk lunch , kami terus ke Kebun Strawberi pula.
Kalau kami tak makan memang kami singgah di Restoren Kampung Daun.
Restoren ini pun best juga , suasana hijaunya dengan makan di dalam pondok mencipta kelainan.
Kalau anda lalu di sini , anda boleh juga singgah di Kampung Gajah.
Lepas ini , kami ke Kebun Strawberi pula.
Nantikan sambungannya ya!
menariknya nasi tembel tu..
ReplyDeleteAssalamualaikum Nieda, tu dia rega nasi beribu-ribu! Makan jaa yg sedapnya kan. Ni, meh nama penuh, alamat surat-menyurat dan no hp, akak nak pos hadiah tasbih sbb jadi pengomen pertama kat blog akak kelmarin.
ReplyDeleteOk.note
ReplyDeletenasi timbel..menarik rupanya.
ReplyDeletejauh bercuti ya nieda..
Mana marketnya kak nieda x nampak pung, mmg lain benor lah dari hatyai. Jm beru berangan nk beli belah kalau ke sini :-)
ReplyDeletetak ada market2nya.....yg ada rumah yg dibuat kedai makan.tapi cantik pemandangan di sini
ReplyDeletemenarik dan sedap
ReplyDeleteBila tengok gambar2 Nieda teringat kak Zai masa pergi tahun 2012 dulu,seronok sangat.
ReplyDeleteSalam kenal. Akak follow u. Nasik timbel tu sngt sedap, pernah mkn di bandung dulu..
ReplyDeletemenepati selera , bolehlah makan mcm nasi kita kat sini juga dan ada lauk yg pelbagai
DeleteAs-salam..
ReplyDeletetelan liur tengok nasi timbel tu.. nyum2..
Nak tengok gambar nasi timbel tu tapi gambar takleh loading pulak...macam nasik ayam penyet ke?
ReplyDeletenasi dia digulung dlm daun pisang
DeleteOrang sana makan tak berkuah kan..kalau che abang I..tak boleh telan le jawab nya..kena ada kuah kari, lemak ke..
ReplyDelete