26 August 2014

Cuci habis

Tiba-tiba pagi  Jumaat lepas laptop saya tak boleh connect dengan internet. Dah puas digodek-godek tak jadi juga , di pendekkan cerita hantar kedailah akhirnya.  

Kena modified lain sebab dah kena virus katanya. Ok , tinggallah sekejap untuk  dia bikin baik semula.
Dah cakap ,  save semua document yang ada dalam tu. 

Banyak juga benda penting termasuk gambar umrah , gambar Surabaya, Jakarta -Bandung yang tak habis cerita lagi, gambar raya segalanyalah. 

Sekarang ni gambar-gamabar kenangan tu semua bukan pakai cuci  di kedai , pakai simpan di dalam laptop @ komputer saja.

Bukan gambar saja, benda-benda berkaitan data dan kerja pun ada dalam laptop juga.

Tup-tup tadi nak buka habis semua ilek...habis semua.
Call tak berangkat pula.



5 comments:

  1. Memang betul2 cuci tu :D

    http://santanmanis.blogspot.com/2014/08/wira-malam-bukan-sekadar-pendekar-pilih.html

    ReplyDelete
  2. Alahai!!...kak Nieda x simpan dalam external Hard Disk ke sbg backup..waduh..sayang tu...rasanya boleh restore semula sblm format..minta org kedai tu tlg buatkan..tapi kalau dah format sodaqallahullazim lah..syg tu

    ReplyDelete
  3. waduh... sayang banget datanya hilang semua. Kok bisa hilang datanya kak Nieda, tidak sempat dibackup ?

    ReplyDelete