Buah Perah.
Buah perah yang berkulit licin dan warna hitam adalah buah yang semakin sukar ditemui. Ia hanya dapat ditemui di dalam hutan sahaja.
Sama juga dengan buah keranji, mungkin anak-anak saya pun tak pernah merasanya pun sepanjang hidup mereka. Buah keranji berkulit seperti baldu yang saya makan lebih 20 tahun dulu. Rindu nastolgia dulu. Sekarang memang susah nak jumpa buah-buah hutan ini semua.
Namun di hari raya ini , buat pertama kalinya saya di jamu dengan buah perah yang telah direbus. Isinya berwarna putih. Rasanya seperti kita makan biji cempedak tetapi sedikit masam . Saya tak pasti mungkin ia telah dijeruk terlebih dahulu.
Harganya sekilo RM 5.
Hati-hati buah ini beracun dan mesti diproses dengan betul sebelum dimakan.
aa..rasanya mcm kacang jugak. lemak2 gitu. masam tu tak tau la knpa..tp sy suka mkn zaman kecik2 dlu.
ReplyDeletebaru tahu , masam tu sebab di jeruk terlebih dahulu
DeleteSalam. Hee saya pernah merasanya.
ReplyDeleteErk beracun?? xD
ReplyDeleteTakut plak nk cuba haha
buah perah?..festime dgr tak pernah tgk dan mkn..kalau beracun..x berani nk beli risau tak pandai proses
ReplyDelete