18 December 2014

Mandi di sungai siputeh

Orang tua belajar , susahnya nak mengingat apa yang dibaca. Minggu depan dah periksa ...huhuhuh.
Tapi yang bestnya , satu semester dah habis. Tak payah pergi kuliah dua kali seminggu ke USM. Tak payah drive kereta naik jambatan Pulau Pinang. Sibuk oooo, tambahan bila waktu puncak.
Muda remaja dulu punyalah teruja dapat  naik Jambatan Pulau Pinang , siap berhenti di tengah-tengah ambil gambar . Bukan tengah jalan tapi  tengah jambatan yang ada tiang besar kiri kanan.

Meh sini nak updet blog. Buka blog hilang mengantuk tapi kalau buka buku ....mak aiii  tersenguk-senguk.

Hari ini punya cerita.

Hari ini sibuk melayan tetamu dari Singapura. Mereka ni dalam acara melawat Malaysia Utara , Taiping , Bukit Merah dan Pulau Pinang. Perkenalan di Ghuangzhou dengan suami saya bebarapa tahun dulu membawa mereka ke teratak kami. Bukan Vietnam saja ada utara -selatan tau ....hihihi

*Bertukar cerita dengan orang Singapura -Malaysia lah hari ini. Misalnya , sekarang kerajaan Singapura menggalakkan rakyatnya mempunyai anak ( tak macam dulu setakat 3 orang sahaja, yang ke 4 parents  kena bayar kepada kerajaan ). Sekarang terbalik, kerajaan bayar kepada ibu bapa yang mempunyai anak seawal anak dilahirkan sebanyak 6000 dollar secara berperingkat.

*Sungai dah tak ada di Singapura.

*Hanya ada satu kawasan yang masih dikekalkan kehijauannya. Lain-lain kawasan dah dikomersialkan. Tak ingat la pula tempat tu...

*Kebanyakkan tinggal di rumah pangsa.Harganya sekitar 300, 000 dollar walaupun rumah flat.

* Kebanyakkan rakyat Singapura bergerak dengan kenderaan awam. Jika mempunyai kereta itu merupakan satu keperluan yang terpaksa dibyar dengan nilai wang tinggi. Parking kereta di rumah sendiri pun kena bayar beb!

* Dah lama tak tengok kambing , lembu , kerbau secara live.

Maka selepas makan tengahari kami pun bawa mereka mandi di Sungai Siputeh . Air sejuk macam ais...di kelilingi bukit bukau . Pemandangan menarik sepanjang perjalanan ke sana  , ada sawah padi , lembu ,kambing boleh nampak di tepi jalan. Dapat tengok pokok pinang .
Suka sungguh dema nih !

Benda macam ni lah mereka nak lihat...tempat sendiri dah lama tak ada.Kita yang dok nampak hari-hari ada kesah ?


Malaysian + Singaporean



Yang basah balik duduk belakang kereta...hahahha


Sungai ...sejukkkk.


Budak kecik first time masuk sungai.


Dah mandi perut lapar  , makan laksa Penang pula.
Teh di kedai ini boleh bagi A++

Sebenarnya mereka ni asalnya orang Pontian , Johor. Bila Singapura keluar dari Tanah Melayu, ibu bapa mereka memilih kekal di Singapura. Saudara yang lain ada yang balik Pontian semula.


Semoga silatulrahim berkekalan antara satu bangsa dari dua negara.



** Kalau ke  Singapura dah ada orang tunggu < @@>
                                                                               ~~


15 comments:

  1. Pontian tanah tumpah darah ku... Cewahhh... He He He...

    ReplyDelete
  2. haaa orang Pontian Nieda. ...tu kampong nekcik tu..ntsh ntah ansk cucu cicit nekcik..he.he

    ReplyDelete
  3. bertambah kawan kenalan kan nieda..

    ReplyDelete
  4. Seronok dpt tambah kenalan blh ziarah menziarahi.

    Tentu tetamu nieda teruja dapat tengok dan rasa macam2 kan.

    ReplyDelete
  5. beruntung nye la kita yg dok kt M'sia ni kan kak?

    ReplyDelete
  6. belajar di usm penang ka. semog aberjaya.

    sebagai rakyat malaysia perlu menghargai apa yang ada di negara kita. Jaga tanah dan milik kita dengan baik

    ReplyDelete
  7. skrg kalu berhenti kt tgh2 jambatan tu kena saman ;-)

    ReplyDelete
  8. Bagusnya menjalin persaudaraan walau berbeza negara.
    Hidup di Singapore pasti kena ikat perut sebab Segala-galanya mahal,kan?
    Tapi, yelah...gaji mereka pun tinggi juga dak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung ...bertambah sahabat .
      org singapore dtg malaysia jadi org kaya sbb dollar tinggi dr RM kita

      Delete
  9. Budak kecik tu takut masuk sungai ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kali pertama pijak air sungai...mana ada sungai kat singapore mcm kat tempat kita

      Delete