13 December 2014

Hadyai Disember 2014

Trip singkat 2 hari satu malam ke Hadyai  adalah pengubat rindu nak jalan-jalan. Mak tak senang duduk dah ni ,,,,,,,,,,,lepas balik Bandung/ Jakarta   bulan Julai lepas tak ke mana lagi.

Mak pun susun agenda , semalam pun semalamlah . Kata bloggerkan?
Mana boleh tak ke mana-mana  lama-lama ....tak ada ceritalah  nak tulis blog...hahahaha.

Jadi , pagi Jumaat lepas berangkatlah kami masuk sempadan dengan 2 buah kereta. Kawan saya , Rapizah sekeluarga ( pernah ke Chiangmai tahun lepas, dan  Bandung+ Jakarta  2010).Sebelum tu singgah UUM dulu ambil anak dara saya Alia . 


Agenda  lain , nak letak spare part pada 4x4 pada kereta masing-masing. Kat Siam harga lebih  murah dari Malaysia dan  banyak pilihan katanya. 


Pasport dan insuran kereta.

Bersedia untuk keluar sempadan.
Sediakan pasport dan salinan geran kereta jika nak masuk menggunakan kereta sendiri.
Tak susah sebenarnya, cuma kena singgah beli insuran di Changloon dulu dengan bayaran RM 19.
Sepanjang jalan di Changloon  ada banyak kedai yang menjual insuran. Kami singgah di kedai berhampiran T Hotel dan dekat dengan Kedai 1 Malaysia .

Pintu masuk Bukit Kayu Hitam.
Laluan masuk ramainya manusia nak ke sana .

Bahagian imigresen Malaysia sangat mudah berurusan .
Hulur pasport ( 5 orang )dari dalam kereta sekali harung .
Tapi  di Imigresen siam...siaplah kena beratur  . Kalau ramai lamalah  menunggu
dan RM 1 kena sediakan juga selit dalam pasport. Kalau tak , di main-main buat lambat-lambat nak copkan pasport kita. Ada aku kesah? Boleh je tunggu....jangan galakkan rasuah .

Tips saya........... jangan selit dulu. Tunggu dia minta . Buat-buat bodo tak tau.
Kalau dia tak minta selamat RM. 
Kita kan pergi anak-beranak, 5 orang dah RM 5.
Masa nak balik  ke Malaysia lagi hebat  dia minta RM 2 pula....berani sungguh depa.


Candid dulu

Tunggu giliran di Sadoa Imigresen. 
Nasib la sapa yang kena singgit.
India yang depan  anak saya ,agaknya tak ada singgit kut ...dibaginya not RM 5.

Peserta termuda 

Bahagian kereta di sebelah sana yang ada lori kontena warna putih  .
Tapi driver kena beratur di line sini juga, 
lepas tu bawa insuran dan geran di pondok khas bahagian kereta sahaja.

Dah selamat cop ..

Pekan Danok.

Maka kami pun terus menuju ke Hadyai...

Gerbang macam ini pemandangan biasa.
Gambar raja dan permaisuri Thai di merata-rata.

Dan saya sangat respek semangat nasionalisme orang Thai ...
kali pertama saya ke Hadyai , saya terpegun bila berjalan di Pasar pagi,  tapi  bila berkumandang lagu NEGARAKU mereka semua orang berdiri tengak termasuk kereta, motor , bas , tuk-tuk dan segalanya di jalan raya pun berhenti. Kami yang tak paham bahasa  ni berjalan sambil klik-klik gambar diberi pandangan tajam oleh rakyat tempatan.


Cerita Hadyai Jun  2012  DI SINI.
dan  Disember 2013 Hadyai-Chiangmai  di sini.





26 comments:

  1. best lah.. sebab dekat je dgn awak ye.. akak macam teringin sangat... nanti2 lah ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak yan..... kami naik kereta sendiri saja.

      Delete
  2. Seronok nya bercuti, YY rasa macam dah lama x bercuti. Harus pi jugak nanti bawak Qaireen .

    ReplyDelete
    Replies
    1. bercuti satu keperluan bg akak yana ....bagi otak fresh balik lps penat setahun bekerja

      Delete
  3. Kak zai belum pernah pergi nak juga satu hari nanti ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pergi juga sekali kak sai, menarik juga lokasi percutian.Ada byk manan sedap, brg pun masih murah dgn nilai duit kita.
      ramai org msia masuk haadyai bercuti

      Delete
  4. Replies
    1. Dah selamat balik pun........short trip je

      Delete
  5. Kak Nieda..kalau 2 hari 1 mlm itu sudah mencukupi jika ke Hatyai..kalau lebih dari itu nanti bosan :-)

    ahahah...hamoi kak ..kira blogger tegar lah ni ..iihih lawak lah kak nieda nih

    habis tu kak Nieda selit ke tidak RM1 tu..mmg RM1 nampak nilai kecil kan tapi kalau 100 org sehari sebulan? ish2..dorang ni x takut ke mkn rasuah....di minta pulak tu tak tahan

    kiranya ini kali ke 3 ke Hatyai lah yek..

    ReplyDelete
  6. Ya Jm x ketiga....dlm 5org anak beranak tak semua kena byr lah.tunggu dia minta , kalu tak minta selamat la kita......hihihi

    ReplyDelete
  7. kena byr tu kt imegresen tu adalah rasuah ek?? hhahaha...tak tau. Dua kali lalu sempadan ni main bayar jer..ingat ka cas untuk masuk negara dorg..hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa nak keluar balik malaysia ...dia minta RM2 ...tak ke naya tu.

      Delete
  8. dah dua kali masuk sana and memang kena bayar seringgit tu.. nilainya lebih rendah dari diorang main2kan passport kita nanti... masa tu emas... rasuah yg diorang ambik tu akan merosakkan diorang jer... tapi saya suka Hatyaii... barang2 murah termasuk makanan... saya beli seluar askar yg tebal... kalau kat Malaysia mau dah Rm400 tapi kat sana Rm60.. skrg hari hari pakai hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. walau pun ringgit kita susut dari baht tapi harga masih rendah berbanding di malaysia. sebab tu org masia saja kat hadyai masa saya pergi ...dari pahang satu bas , yg jauh dari muar, johor menginap satu hotel.boleh speaking malay kat sana...

      Delete
  9. Alia nampak berisi sikit sejak masuk U... serasilah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah-mudahan serasilah Sweetie..kita doakan dari jauh.

      Delete
  10. teringin nak ke sana lagi....bula mac haritu pergi floating mkt tutup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dpt ke pasar mlm dia di area lee gardens pun tak pa dah. pagi-pagi ke pasar pagi pula ....enjoy.

      Delete
  11. penang dekat kalau nak pergi ...3 hari 2 mlm pun dah ok.

    ReplyDelete
  12. bestnye...shopping time...hehhee

    ReplyDelete
  13. wah..tetiap bulan berjalan obesi ke?bestnye!

    Salam kenal. Follower ke #315

    ReplyDelete
  14. betul sis.. saya p danok baru ni, time nknmasuk dia xmintak.. nk balik dia mintak seringit... kalau sehari tu dh brapa orh dia mintak... kaya la dia

    ReplyDelete
  15. Jauh tu cari spare parts kereta sampai ke Thailand.

    ReplyDelete
  16. Banyak tempat betul sis berjalan.
    Ni nak ke Thailand pulak ye.
    Sana bahaya x?

    ReplyDelete