19 January 2015

Manek Urai- Kuala Krai

Malam Sabtu lepas suami saya dan rombongannya  (guru-guru dari Maahad Al Ehya Asshariff , Gunung Semanggol) . Sekolah ini istimewanya ditadbir oleh tiga orang adik beradik dari Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran dan PK Hal Ehwal murid dalam satu sekolah. Bertuah ibu mengandung.

Bertolak ke Kelantan untuk Misi Bantuan Banjir  ke Manek Urai dan Kuala Krai.
Mereka berkonvoi dengan sebuah van, 4  buah 4x4 dan sebuah kereta.  Bermalam di Machang di rumah kenalan mereka.

Siangnya mereka bergotong royong memasak nasi arab di kampung yang terpilih (yang masih kurang bantuan) dan mengagihkan bantuan yang dibawa.

Ada dapar dan gas, pakaian lelaki dan kanak-kanak/ bayi , beg sekolah namun mereka masih mengharapkan tikar sebagai alas untuk duduk dan tidur.

Saya tak pergi nak sembang lebih-lebih tak tahu sangat. Jadi jom layan gambar sajalah.



Kereta bersalut lumpur . Boleh hidup ke lagi?





Mesin dan peti sejuk barukah?


Rumah batu lebih bernasib baik, masih kukuh binaannya.


Habis musnah



Rumah baru tinggal dalam khemah saja.



Sekolah  ...tapi saya tak tahu sekolah apa?





Rumah kayu tinggal tiang, ...


Habis runtuh dan rosak.


Tinggal tapak , yang tinggal hanya kenangan.

Musibah banjir , disebaliknya mungkin ada rahsia  yang kita tidak tahu .

Setiap kejadian menguji kesabaran  dan ketaqwaan kita terhadap penciptaNya.




14 comments:

  1. Kita tak tengok depan mata..tengok gambar aje pun rasa sedih kan nieda

    ReplyDelete
  2. berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikulnya
    semoga mereka terus tabah

    ReplyDelete
  3. Pemandangan inilah yang membuat air mata kak zai bercucuran sepanjang jalan. Tak dapat nak digambarkan bagaimana kehidupan mereka.

    ReplyDelete
  4. Assalam sis..semasa CM tiba di Masjid Ibrahimi, Pasir Puteh, terlihat seorang wanita agak muda..dudukdi tangga masjid seolah-olah berkhayal. Orang lalu lalang tidak dipedulikannya.. sepanjang ada di situ, CM perasan dia hanya melamun berseorangan..dalam hati berkata dia mungkin mangsa yang trauma akibat banjir dan emosinya sudah terganggu..moga Allah membantunya..

    ReplyDelete
  5. Ohh..kak Nieda x pegi ke...ha'a..kawasan Manek Urai adakah tempat yang paling teruk kemusnahan nya...mangsa banjir tidur dalam khemah...tiada rumah kerana musnah..masing2 mengharapkan bantuan kerana kurang sumber makanan..ye Betul..mungkin Allah 'beri peringata' denfan cara itu...buat kesedaran kepada kita semua..Ambil iktibar dari apa yg berlaku

    Sgt simpati dengan nasib mereka

    ReplyDelete
  6. Besar sungguh ujian buat mereka...lebih2 lagi tgk mereka perlu tinggal di dalam khemah..dah macam baru dilanda perang...Moga Allah kurniakan yg lebih baik buat mereka lepas ni, Insya Allah

    ReplyDelete
  7. sedih kan..tapi mungkin ada yg terbaik Tuhan nk bagi kan..itu rahsia Dia..

    ReplyDelete
  8. Lebih dahsyat dari Tsunami menurut kata kawan2 sepejabat yang jadi volunteer ke sana.

    ReplyDelete
  9. betul kak, berat mata kita memandang...berat lagi bahu dorang memikul...

    ReplyDelete
  10. Berat kita pandang, berat lagi mereka yang mengalami. Moga kesemuamereka sudah dapat sserba sedikit barang2 keperluan....pastinya lepas ni, setiap orang akan dapat bantuan sewajarnya..

    ReplyDelete
  11. Ganjaran besar bagi yang bersabar.
    Moga kita tergolong dalam golongan tersebut :(

    ReplyDelete
  12. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul... sama-sama lah kita membantu mereka...

    ReplyDelete
  13. Semoga setiap mereka yang terlibat sentiasa kuat menghadapi segala ujian dari-Nya.

    ReplyDelete