11 February 2015

Homestay Seri Iskandar

Sambungan  cerita dari  SINI.

Kami memilih bermalam di Seri Iskandar supaya tidak tergojoh-gojoh bertolak pada awal pagi ke UTP keesokkan hari.  Seawal 7.30 pagi Ain dah bermula sessi temuduganya. Walaupun dalam satu negeri (Perak) tapi 3 jam juga nak sampai ke sana dari rumah. 

Kali ini saya memilih untuk menginap di Homestay pula sebab kami pergi 4 beranak lebih selesa kalau berbanding menyewa  hotel dengan kadar sewa yang sama .Pihak UTP juga ada memberi nama-nama hotel dan homestay yang boleh disewa.

Bila digoogle-google saya memilih homestay yang satu  ini,  sebab tertarik dengan harga paling rendah RM120  semalam . Manakala yang lain-lain semua dalam RM150.
Apalagi terus telepon untuk booking.

Nasib baik masih kosong tapi katanya owner dia , RM120 yang saya tengok  masa google tu harga lama.Harga sekarang dah naik , rata-rata semua RM150 semalam. Tapi lokasi yang dekat dengan UTP dan malas dah nak mencari yang lain kira jadilah saya ambil homestay ini. 

Mudah berurusan tanpa bankin duit deposit sebagainya sampailah kami tiba ke sana . 
"Pakai aku percaya kat hang , hang percaya kat aku" kekdahnya. 

Dari rumah kami bertolak selepas  asar , sampai di Seri Iskandar dah malam. selepas singgah makan malam di Restoren ayam Kampung di bandar baru Seri Iskandar baru kami ke Homestay di Bandar Universiti.

Bestnya , tuan rumah bagi harga Rm130 sahaja.

Rumah selesa dan bersih  dengan semua kemudahan asas disediakan.

Kemudahan yang ada;

*Aircond(dalam 2 bilik)
*seterika dan board
*tv
*petisejuk
*mesin basuh
*dapur
*gula, teh, garam, sabun pun ada.
*pinggan mangkuk
*telekung pun disediakan(bagus)


Bilik utama +aircond

Ruang tamu

Bilik bujang+ kipas angin

Bilik Ain+aircond+seterika+almari

Dapur

Saya rasa puas hati dengan servis yang disediakan dan selesa menginap di sini.
Kalau anda ke  bandar Seri Iskandar bolehlah 
contact nombor di bawah :

  0125063684


*Sekadar berkongsi rasa.

30 comments:

  1. Salam Singgah...

    pehhhh Rm130 murah bebenor lah tu untuk homestay satu malam... kalau kat hotel mau dua tiga kali ganda tu... pilihan yang baik sangat... bilik pun cantik, bersih... hmmm best best... thanks sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolong promot utntuk saudara semuslim...mudah mudahan akan dikenali lagi

      Delete
    2. tolong promot utntuk saudara semuslim...mudah mudahan akan dikenali lagi

      Delete
    3. Insyallah.... nanti saya promote tapi bukan di blog yer... tapi di tempat lain

      Delete
  2. berbaloi sangat harga dengan facilities yg disediakan

    ReplyDelete
  3. Kak zai ingat nak ambik bulan oct nanti sebab ada kenduri kahwin kat sana. Selalunya klau ke sana kak zai pergi pagi balik malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak mahu rush boleh bermalam dan bersantai di sini.

      Delete
  4. murah dan byk kemudahan...kt hotel 4 bintnag pun lom tentu dpt mcm ni kan ;-)

    ReplyDelete
  5. berbaloi sgt tu kak...
    murah, yang penting bersih dan selesa...

    ReplyDelete
  6. Mmg murah tu, suasana dlm rumah pun cantik, bersih dan serba lengkap. Saya belum pernah sampai ke Sri Iskandar dan UTP tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang bestnya langsung tak berjumpa dgn tuan rumah....ambil kunci pun di tempat rahsia ....hahahha

      Seri Iskandar membangun sekarang ...

      Delete
  7. pic satu rumah takde ke kak ok la murah tu semua facilities ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. rumah teres ....sampai malam jadi lupa nak ambik gambar depan rumah.
      pepeagi pula berkejar nak ke UTP ....langsung terlupa nak ambik gambar luar rumah.

      Delete
  8. anak kak nieda si Ain tu interview keje ke kak?

    kalau homestay RM130 per night mmg murah

    ReplyDelete
  9. Salam...
    anak pergi nieda interview belajar kat UTP tu yer.. kat Tronoh Perak kan?..

    RM130 memang murah...suasa na dan kelengkapan macam dirumah sendiri lagi..

    ReplyDelete
  10. yang penting selesalah kann..

    ReplyDelete
  11. Senang klau ada homestay kan..tak kisah braper ramai nak duduk..murah pulak
    Kat area lumut ada homestay tak. ..saper saper boleh tolpng..he..he

    ReplyDelete
  12. Homestay seri iskandar ni di mana ye?

    ReplyDelete
  13. www.nurhomestayperak.blogspot.com
    Nurhomestay

    Akaun Maybank no:

    108168131141

    Zaini Wan Abib.

    RM50 untuk tempahan (tidak dikembalikan jika membatalkan tempahan)

    Add: Nurhomestay No 38/40 Jln Bdr U8, Bdr Universiti. 32610 Seri Iskandar, Perak.

    Email: nurhomestay@yahoo.com

    GPS: E 100 59 8.4
    N 4 21 43.9

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurhomestay
      0125063684 zaini
      0125192763 yati

      Delete
    2. Tu dia ...tuan dia dah datang

      Delete