21 February 2015

Sehari ke UUM , Sintuk

Semalam bergerak ke UUM menghantar Alia anak yang sulung yang belajar di sini. Sekejap saja dah habis cuti dua bulan. Highway menghala selatan memang jem teruk sepanjang-panjang  jalan .
Ada pula kemalangan lagilah terbantut kereta bergerak  macam semut la jawapnya.

Ada yang balik kampung beraya , ada yang balik Hadyai juga....
Niat hati nak masuk Hadyai tak pun Danok terpaksa dilupakan.
Balik kepada objektif asal ....hantar anak masuk U jelah.
Padahal buku merah ada dalam beg tangan....sedih  misi  tak tercapai.


Jom layan gambar ajelah.

Pintu gerbang UUM( nampak dashboard saja yang lebih)

Menuju ke asrama.

Menghijau

Jalan utama ke asrama


Lagi...

Tahun ini berpindah blok , teman sebilik pun orang baru.
Perabut dalam bilik pun dapat baru.

Masih dalam proses , almari dibuang dari atas gedebom gedebam jatuh ke bawah.
Bantal tak bawa , mungkin tak  dapat lagi . Tapi tilam semua baru.
Jadi , lepas hantar barang keluar makan dan cari bantal.

Nak menuju ke Mall di Canglun , mak aiii tengok kereta pukul berapa nak sampai ni?
Kami patah balik  ikut jalan shortcut beli di kedai kampung bantal kekabu.

Eh! tiba-tiba nampak pula kedai jual nasi ayam RM2. Singgah pula makan di situ. 
Bukan nasi ayam  saja , bihun sup, bihun goreng , nasi goreng semua berharga RM2.

Nasi ayam (goreng) RM2 .
Tapi tak ada disediakan dengan sup dan kicap pedas .
Padanlah dengan harganya  yang penting kenyang juga.

Bersebelahan dengan kedai runcit (ada jual bantal kekabu yang dicari)
Nasib baik jumpa bantal kalau tak berbantalkan lenganlah Alia.

Limau bali...eh! limau siam.
Putih sebiji RM 10 dan merah RM 8.


Sepanjang jalan balik arah  ke selatan ada gerai jual limau besar-besar ini tapi semua bekalan dari Siam kata kakak penjual.Limau Malaysia tak musim lagi katanya.
Ada isi berwarna putih dan ada yang warna merah.
Sedap lagi yang putih lebih bersari dan harganya lebih mahal dari yang isi merah .

Kami bertolak keluar dari UUM hampir  7 petang. Jalan dah clear  berbanding masa awal datang tadi.
Kami pulang dengan sebiji buah limau sebagai buah tangan dari Kedah.






Post a Comment