Kunjungan ke Hadyai ini ialah kunjungan kali ke 4, campur-campur lawatan dengan keluarga dan juga lawatan penanda aras dengan warga pendidik ke sana .
Sebelum ronda-ronda Hadyai hari kedua, kami bersarapan dulu di Kedai Rohana berhampiran Hotel Kosit tempat kami menginap dulu ( bulan 12 tahun lepas). Apakah ? Setiap 6 bulan makan angin ke Thailand je....
Ada rahsianya....rahsianya cik abang saya tak nak naik kapal terbang dah sejak dua menjak ni. Makanya kita makan angin jalan daratlah. Sedih.. ..maknya dah rindu nak terbang di awan biru.
Bila agaknya rezeki tu datang semula.
JM jangan heran...inilah sebabnya. Asyik Hadyai sejak dua menjak ni.
Jom sarapan dulu. Isi perut kenyang-kenyang dulu sebelum jalan-jalan.
Nasi kerabu daging bakar. Sepinggang RM 6.
Isi perut kenyang-kenyang sebelum agenda jalan-jalan .
Makcik si penjual nasi kerabu .
Ulam-ulaman nasi kerabu .
Chiangmai nut
Kacang ni ada di jual terutama di tempat tumpuan pelancong.
Depan restoren Salma pun ada.
Macam kacang sepat tapi kecil dan nipis.
penjual letak sepiring kecil di meja kami, boleh rasa. tapi masa mula-mula tu tak teringin nak makan.
Agak lama lepas tu , terasa nak ambil gambar pula .
Masa nak acu kamera , dia datang tanya nak beli tak?
Bila saya kata tak , terus dia ambil piring kacang tu. Gambar tak sempat nak snap pun.
Ice Dome Hadyai
Bayaran masuk sebanyak 300 bath seorang, kanak -kanak 12 tahun
ke bawah harganya 200 bath sahaja.
Harga termasuk sewa sarung tangan dan jaket . Boots pelbagai fesyen boleh disewa asing dengan caj 100 bath. Stokin juga ada dijual sebagai ganti , jika anda hanya memakai selipar.
Keadaan di dalam sejuk , tak tahan kaki tangan nanti. Lebih baik bawa baju sejuk sendiri. Boleh pakai 2 lapis.
Ice Dome baru dibuka semula selepas renovation pada bulan 12 tahun lepas. Masa kami datang Disember lalu, masih ditutup.
Ambil tempat dulu sebelum masuk ke dalam.
Penerangan dalam Bahasa Malaysia ....dialek Kelantan.
Ada 4 musim mengikut tema di dalamnya.
Sejuk.
Gelongsor ais
Ini bunga betul....jangan tak percaya. Mula-mula tengok ingat bunga plastik.
Di luar Ice Dome ada sikit di tanam dengan bunga orkid.
Dari Ice Dome , kami sepakat nak naik ke Hadyai Cable Car. Di atas puncak sana boleh melihat pemandanga keseluruhan bandar Hadyai. Nampak hotel Lee Gardens berada di tengah-tengah bandar. Jadi tak hairanlah kawasan itu menjadi tumpuan para pelancong.
Untuk ke sana kita kena naik dengan bas dengan bayaran RM 2 dewasa dan rm1 untuk kanak-kanak.
Beli tiket...jangan hilangkan tiket sebab masa balik nanti pemandu akan kumpul balik tiket yang sama untuk turun ke bawah .
Naik dengan bas ini.
.
kalau boleh semua dia nak sumbat dengan penumpang.
Ruang terbuka kiri kanan bas.
Masa nak naik...tinggi.
Pemandanga dari atas .
Tak ada menarik mana di atas...tak ada boleh buat apa pun . Nak makan tak ada tempat makan yang halal. Tapi setakat Rm 2 harga nak naik ke atas tu apa salahnya. lagi pun kami menunggu suami saya pergi tambah aksesori kereta . Bolehlah membuang masa di sini.
Malangnya juga Cable Car pun sedang di baik pulih .
Masa nak balik tunggu di bawah pokok tu.
Masa mula sampai di atas , kita akan di ambil gambar ala-ala di Langkawi . Turun saja bas ada ada jurugambar menanti untuk ambil gambar kita.
Kami tak beli gambar (dah diframekan) sorang-sorang yang erharga RM 12 satu , tapi kami beli gambar beramai-ramai.. Untung sikit semua ada gambar.
Ini pula pemandangan di tempat parking hotel kami menginap....OMG semua kereta Malaysia yang banyak di sini
Parking hotel, semua kereta dari Malaysia tau.
Rasanya , yang bangunan berwarna biru ialah Hotel Lee Gardens.
Selalunya Lee Gardens menjadi penanda , sebab terletak dilokasi strategik di tempat tumpuan pelancong.
SA plan nak ke hatyaii nanti..tgh review2 ni...hotel dah tau ynag mana...loksi menarik dah tau dah IceDome dan Cable car...pas tu tempat makan Salma...ok nanti nak cari lagi apa yang menarik kat sana...keselamatan bagus kat sana kan?
ReplyDeletesemoga entry ini dapat membantu SA bila nak ke Hadyai nanti
DeleteKeselamatan ok......doakan pergi dan balik dalam lindunganNya
DeleteUlaman n nasi kerabu tu...sangat menyentuh kalbu...
ReplyDeleteSalam Aidil Fitri dari Bunda untuk Nieda sekeluarga...
Perut kenyang...nk jln2 pn sng hati ;)
ReplyDeleteKali ke 4? wahh!!! dh mcm balik kampung kak Nieda hikss
ReplyDeleteIce Dome ni dah byk perubahan..dulu time JM pegi mmg x de sesi penerangan tu...beli tiket masuk, pastu ambil winter jaket terus masuk ke dalam..mmg sejuk gile...
oh..itu ke sbb nya kak Nieda..then bila nye dia akan berubah hati? tetiba rasa nak naik flight! susah lah kalau x nak naik flight camna nk g buat umrah hihih..kak Nieda perlu lebih bijak memujuk lepas nih hikss
ReplyDeleteItulah , lambatnya nak tunggu dia ok balik. Nasib baik umrah dah pergi....lain kali kali ada rezeki lagi kena pujuk lagi, lagi, lagi
DeleteBanyak tempat yang saya belum jejak kat Hatyai ni walaupun dah dua kali ke sana...
ReplyDeleteIce Dome ada perubahan lepas renovation tahun lepas
Delete4 kali dah ??? fuiyioooo hehehe.. bila nak p kali kelima ? hehehe nak ikot..
ReplyDeletetak ada sapa nak teman jalan.. hehe.. dapnye makanan !! and yes.. i is suka sngt tempat sejuk..
nxt time nnt hello2 CT k.. ada je kat nibong tebal ni..