11 July 2015

Kiriman blogger

Tahun lepas dapat sekeping kad raya dari JM dan duit raya juga untuk Shauqi.
Thanks JM  .

Tahun ini dapat 2 keping ...bagus-bagus ada perubahan positif......hihihi.
 Tahun depan kut dapat 3 keping pula.


Tak sangka semalam dapat dua sampul misteri......jeng,jeng,jeng.
Satu sampul  berwarna merah dan satu lagi putih.

Sampul merah tu dah tahu dari siapa sebab baru baca blog  yang ini  tayang kad raya sebelum diposkan kepada penerima. Kalau macam tu tak boleh kata misteri. Misteri Nusantara boleh?

Macam mana tak terperasan, sebelum tu dah nampak DJ tayang kad raya di blog Wanderlust DJ.

Istimewanya kad DJ ini printed dengan gambar sendiri (ala-ala nak menakluk dunia tu!) sedang melihat peta .

Terima kasih DJ atas ingatan itu dan tak lupa juga duit raya untuk Shauqi.

Nampak duit lebih besar dari kad raya...

Ini pula kad raya  dari SS .
Terperesan juga , SS ini akan lekatkan alamat dan nama penerima dengan stiker yang kemas bertaip.
Tak main la tulis tangan . Tak gitu SS?

Terima kasih SS.  
Semoga hari raya tahun ini memberi kegembiraan berganda untuk SS ye.
Blog SS  yang boleh buat kita tersenyum  tapi boleh juga menitik air mata bila SS goreng tang part cerita  duka nestapa .

Abaikan yang lain tu...fokus kad raya SS je...

Terakhir diterima minggu ini pula kiriman dari Nekcik.
Ada tat nenas, FM Korea ( Nekcik baru balik Korea dan Jepun), dan ada acar buah.
Surat Nekcik comel sekali, ditulis dengan kertas berkepala koala.

Tak sangka , nak dapat kiriman dari Nekcik pula tahun ini....Terima kasih Nekcik.
Sedap sungguh tat nenas  nekcik tu , pertama kali tengok masa Nekcik tayang gambar tat nenas tahun lepas kut . Rupanya tahun ini dapat merasa hasil tangan dari Nekcik.. Rezeki tu...

Nekcik ini , pemurah orangnya dulu masa balik Korea  (dulu-dulu ) dah dapat buah tangan darinya. Tahun ini dapat lagi.....moga-moga  selalulah Nekcik dapat balik kampung lagi selepas ini .


Dari Nekcik ...FM Seoul Tower, tat nenas dan acar.

Terjah Nekcik  yang balik dari Jepun pula.
Ops...satu lagi acar buah Nekcik  acar Western sebab dalamnya ada buah prun, dan  kiwi (yang saya rasa) . Sedap , makan time sahur . Tat ....dah habis , tak sempat raya .....hahaha

Alhamdullillah , perkenalan di alam maya juga memberi makna dalam persahabatan.
Semoga ukhwah yang terjalin terus kekal hendaknya.
 Amin.




11 comments:

  1. Wahhhhhhh! Rezeki nak raya!!! Kipidap...

    ReplyDelete
  2. sikit hari lagi kak Nieda dapat dari JM lak...dah pos

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah sampai jugak akhirnya...slalu singgah teratak 66 tapi tak sempat jamu kopi...tu nekcik kirimkanlah...he..he
    Kebetulan ada pulak alamat

    ReplyDelete
  4. tahun ni tak dapat kad raya...huhuu

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...murah rezeki akak...
    dan murah jugak rezeki si pemberi...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah rezeki orang memberi dan penerima.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah rezeki orang memberi dan penerima.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah rezeki orang memberi dan penerima.

    ReplyDelete
  9. hehehe masyuk laaa raya.. meriah =)

    ReplyDelete