Buat Duit

Sunday, September 27, 2015

Kek Coklat kukus Moist

Belum terlewat rasanya untuk mengucapkan selamat Hari raya Aidil Adha untuk rakan taulan. Di hari  dan bulan baik ini  ampun dan maaf dipinta jika terlanjur kata terlebih bicara di alam maya ini. Selalunya raya haji , tidaklah saya beraya sakan ...raya puasa pun begitu. hanya buat persiapan untuk anak-anak . Walaupun beraya dalam cuti sekolah, raya kedua saya dah bergegas ke USM kuliah masih berjalan  seperti biasa.

Bila semua anak-anak berkumpul , macam-macam permintaan pula yang nak dimakan. Ada yang minta Congo Bar. Yang ni orangnya tak sampai rumah lagi, request dah sampai dulu....hehehe. Ada yang nak makan piza,..last-last sebelum masing-masing  balik  ke sarang masing-masing nak buat kek coklat pula.

Sekarang mak tak selak buku resepi dah ... mak  google je... mula -mula baca resepi dari blog ini CIK MATAHARIKU kemudian tengok juga resepi dari Blog Cikgu Suraya ini.

Kek Coklat Kukus menjadi.. 

Shauqi tunggu nak potong je..

Seketul  masuk dalam pinggan

Resepi di bawah C&P dari blog Cikgu Suraya. Terima kasih berkongsi resepi.

Bahan untuk kek coklat.

Bahan A
· 1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun ) 
· 1 cawan gula pasir 
· 1 cawan susu cair 
· 1 cawan minyak masak 
· 1/2 cawan susu pekat 
Bahan B 
· 11/2 cawan tepung gandum 
· 1 sudu teh bikarbonat 
· 1 sudu teh baking powder 
· 1 sudu teh esen vanilla 
· 3 biji telur (suhu bilik) 


Cara-cara 
1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan. 
2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A. 
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati. 
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit ++ 
5. Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan. 

6. kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa 
7. angkat ... tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin boleh letak topping.. 


BAHAN UNTUK TOPPING (
ganache)

Bahan:
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas 

Cara: 
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler. 
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair. 
Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair. 
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek. 
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek. 
Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas. 
Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi. 
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais. 
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas.. 
* mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist 


Walau pun pertama kali buat cara kukus alhamdullilah menjadi. Sedap pula tu. 
Amboi...masuk lift tekan sendiri.






14 comments:

  1. Nak bagi sedap lagi susun stoberi atas kek tu Nieda...

    ReplyDelete
  2. Haah kan....stroberi+ coklat sedap.kek pun cantik

    ReplyDelete
  3. Haah kan....stroberi+ coklat sedap.kek pun cantik

    ReplyDelete
  4. perghh..sedapnya..sangat moist..

    ReplyDelete
  5. amboii lamanya gosok baju...ni baru berasap dapo yer
    seedap tu weii

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya la nekcik... kek baru keluar oven berasap lagi

      Delete
  6. dulu2 suka betul buat cake ni. siap amik tempahan...

    ReplyDelete
  7. Telio lio tgok kek tu sedap kemain

    ReplyDelete
  8. menggodaaaaa nya nampak.. hew hew hew..

    ReplyDelete
  9. waduhhhhhhh kak... da la sy tgh lapar niiiiiiiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
  10. tgk kek ni ..mak aih..coklat tebal betul melekit2...mkn mesti lekat di celah gigi hihih

    ReplyDelete