31 October 2015

Fiesta Larut 2015

Hari ni  saya joint larian Fiesta Larut, antara program yang sedang berlangsung 
sehingga esok 1 November. 3 hari 3 malam. Meriah sungguh. 
Stesen radio tv pun ada.

Sesungguhnya dah lama tak berlari.
Jauh pula , 8 kilometer pusing satu pekan tu...
Bagi yang biasa kacang je...yang tak biasa macam akak ni...haih  sampai menitik peluh ketiak.

Ada banyak kategori A hingga G merangkumi kanak-kanak hingga lelaki dewasa.
Penyertaan akan diberi sijil dan sehelai baju.
Hari ini pekan Selama dibanjiri lautan manusia.
Larian ini adalah  salah satu program yang disusun selain  pelbagai program lain .

Ceramah Uztaz Don  pada malam Jumaat lepas.
Belon udara , konsert , senamrobik , pertandingan masakan , mewarna kanak-kanak   , aktiviti masyarakat membantu 1010  keluarga  dengan bantuan  barang dapur, 
cabutan bertuah hadiah  utama  kereta Saga .  ... dan banyak lagi . 

29Okt-1 Nov 2015

Yang mengambil bahagian...anak murid saya.


Dato Hamzah Zainuddin.


Respek sama makcik ni...pun berlari.


Cabutan bertuah hadiah kereta!

Siap siaga .




Pelepasan oleh Dato Menteri


Dapat juga sorang murid kami , Aina pemenang no 3 kategori peserta kanak-kanak .
Hadiah medal dan RM50..
Tahniah Aina.


Kenangan sebelum berlari wajib  ada.

Sekarang baru terasa, sakit kakiii oii....rasa nak pergi berurut la.
Keras betis peha...nak berjalan pun susah.
Haiyaa!!






Post a Comment