08 November 2015

Bedak Sejuk

Hari ini entry tentang cara nak buat bedak sejuk... 
Siapa suka pakai bedak sejuk ? 
Sebenarnya banyak khasiat bedak sejuk pada wajah. Nak elakkan  jerawat pakailah bedak sejuk selalu. Tambahan pula bedak sejuk buatan sendiri lagi lah bagus .Bukan sahaja untuk wajah sahaja , Kalau demam campak pun boleh  sapu bedak sejuk  supaya parut campak hilang pada kulit.

Yang leceh ni  jika proses nak buat bedak sejuk , kita kena tahan bau yang kuat dan busuk dari beras yang diperam. Bukan sehari dua tapi makan tahun juga  .  Bedak sejuk dibuat dari beras atau pulut. Kalau pulut lagilah baik impaknya kepada kulit wajah. 
Lagi gebu dan licin  tapi kena amalkan selalu. 

Masa zaman kanak-kanak , saya selalu menitik bedak sejuk dengan tok .
Ralit ...dia jatuh sebiji-sebiji ke atas kain.
Semalam ,  mak tok  buat dengan cucu- cucu  dia (my daughter )pula. Si Shauqi pun rajin juga buat dengan kakak dia...
Memasing nak bawa bedak sejuk  balik asrama. 
Pakai malam-malam . Aih ... nak hilang parut jerawat katanya.



Mari kita tengok ....


Beras atau pulut yang sudah diperam (lama tau) . Beras di dalam balang ini dah lebih 2 tahun.

Kenapa nak buat bedak sejuk sendiri?
Nak  dapat banyak  dan bekalan akan tahan lama.
Murah dan menjimatkan 
Dah tentu bedak kita bersih.


Beras peram lebih 2 tahun...Bau jangan tanya,.mengaum satu rumah .
Beras ini di tapis dan buang air .
Kisar dengan blender untuk hasil lebih halus.



Ambil daun pisang buat kelonsong . Pastikan lubang tidak terlalu besar supaya hasil bedaknya
 comel-comel. Boleh guna pipping bag juga. Lagi senang dan tidak kotor tangan .


Mulakan menitik ke atas kain. Bila agak kering kutip bedak dan masukkan ke dalam 
talam untuk dijemur. 
Tips : Jangan jemur dari atas kain ini nanti susah , bedah akan melekat pada kain dan pecah.Bila pecah boleh je masukkan semula ke dalam adunan tapi proses kena berulang . Kan lambat nak habiskan kerja menitik bedak ni...?


Kumpul di dalam talam atau dulang besar.
Kemudian boleh dijemur kering bawah matahari.

Jika nak  bedak berbau wangi ...campurkan hirisan bunga melur , ros  dan pandan .

Bila sudah betul-betul kering masukkan ke dalam botol atau bekas yang bersih.
Siap untuk digunakan.

Beras yang digunakan , kami guna kan hanya separuh sahaja  dari jumlah asal . 
Itu pun dah  dapat banyak.




Post a Comment