20 October 2015

Pau Mudah

Pau 

Mari mengepau hari ni...

Tadi sampai-sampai rumah mak tok  (my  mum) ajak buat pau.   Dia nak mengguli sorang-sorang tak pandai nak guna  Bread meaker . Ha...uli guna BM senang , kita tunggu tengok je....dia yang dok goleek-golek sampai tepung sebati dan tak melekit di tangan.

Nak buat pau , pastikan mauripan mencukupi ....jangan kurang berlebih tak apa. Ini petua mak tok. Baru pau kembang , gebu elok.
Adunan tepung jangan dibiarkan lama seperti nak  buat donat.

Bila adunan tadi dah siap diadun , terus boleh masukkan inti (kami guna inti kelapa manis) .
Ikut suka nak letak inti apa pun boleh....inti kacang merah, bilis , daging  boleh aje.

Mari tengok resepi.

1 kilo tepung gandum @ tepung pau( lagi putih gebu pau nanti)
2 sudu minyak masak
2 sudu susu pekat
sedikit garam
1 paket mauripan


Caranya :
1. Campur semua bahan dalam BM sehingga semua sebati dan  tepung tidak  melekat di tangan.
2. Buat doh kecil-kecil dan masukkan inti kesukaan.
3. Susun dalam pengukus .
4. Kukus dalam masa lebih kurang 10 minit .
 Jangan lebih masa  mengukus  nanti pau tak cantik pula.
5.Tekan permukaan pau dengan jari , jika ia tak terkesan tandanya pau dah masak.

Sukatan  tepung kami hari ini , dalam lebih kurang 1/2 kilo jadi kami masukkan separuh mauripan sahaja.

Selamat menjamu selera !


* Resepi bonda takut terlupa, nanti senang nak cari.
* Kami hanya buat separuh tepung (1/2 kilo) tapi hasilnya dalam 30 biji.
Sukatan  tepung kami hari ini , dalam lebih kurang 1/2 kilo jadi kami masukkan separuh paket            mauripan      sahaja.




Post a Comment