Buat Duit

Thursday, November 26, 2015

Berkhatan

Mengambil peluang cuti sekolah , Shauqi kami khatankan pada Sabtu  hari pertama cuti  bermula. Biar cepat sembuh, nanti senang nak ke mana-mana .

Memula tu memanglah dia tak mahu, macam-macam alasan . Baru tujuh tahun . 
Kawan sekelasnya pun tak ada lagi yang berkhatan.
Tapi memandang dia pernah alegik  dan bengkak baiklah sunatkan saja.





Budak susah hati nak bersunat


Sorang dah selesai  (baju biru)  yang baju merah tu  belum.
Dah bersunat pun boleh tersenyum , kira ok lah tu.
Kawan satu sekolah , tapi Haziq dah tahun 3.


Shauqi kena nombor  6.. dekat pukul 12 tengahari jugalah giliran  dipanggil. sebelum tu , tak diam duduk .  Keluar masuk klinik , pergi kedai sebelah ...ada je dia buat kerja.
Kali ini , abah dan atok  masuk sekali ke dalam . Masa abang dia  bersunat dulu 
mak masuk teman kan.

Atok terlebih risau pula sampai tak lalu makan pagi. 
Sekadar minum teh secawan.



Hari ini hari ke 6 , Shauqi dah kembali aktif tapi tak boleh pakai seluar lagi.
Masih berpelekat setiap hari.






19 comments:

  1. acara cuti sekolah kan nieda, nampak steady je shauqi..semoga cepat2 sembuh ye.. salam ukhwah dari kak ana, anajingga.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana , terima aksih singgah sini.
      nanti kita Bw ya

      Delete
  2. cuti sekolah, shauqi kena potong ya..dah dewasa ya..
    semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  3. Tahniah....kira berani la....tapi bila tengok gambar dia tengah termenung susah hati tu....memang seronok tengok....ada makna tu....biala dia dah besar nanti mesti dia akan teringat2....

    ReplyDelete
  4. Selamat dah! saya pun menghantar khatankan anak buah Si Aidiel jugak Sabtu lepas. Setiap tahun syarikat tempat kerja saya ni buat majlis berkhatan ramai-ramai... itu yang masukkan nama anak buah saya. Balik dari berkhatan tu menangis-nangis dalam kereta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. untungnya bersunat beramai2 ..meriah . tapi kalau sorang menangis yang lain akan kecut perut juga

      Delete
  5. ehehehee...berani la tu die...nnti lama2 oke

    ReplyDelete
  6. wahhh pasni dah boleh jd imam solat ;-)

    ReplyDelete
  7. nak solat senang boleh masuk saf depan

    ReplyDelete
  8. Sesuai dah umor ni berkhatan. Senang naduk saf. Moga cepat baik bokeh mak bawa jalan2 cuti sekolah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah .... senang nak solat dgn org dewasa , tak payah dok saf belakang lagi

      Delete
  9. baru beberapa hari lepas my anak buah yg belum khatan tertengok klip video budak menjerit2 sbb takut sunat ... hehehee

    ReplyDelete
  10. alolololo.. haaaa baru boleh jadi jejaka sejati ni.. =P

    ReplyDelete
  11. ahakss...dah selamat...dah jadi 'teruna' dah

    ReplyDelete