21 November 2015

Philips Steam Iron by Amway ( 2 )


Penantian hampir sebulan baru mendapat.
Wah....macam goreng pisang panas pula seterika  Amway ni.

Bukan saya tidak berfikir berkali-kali  sebelum membeli seterika yang harganya melebihi RM 1000 ini.  Berat juga hati ...nak bayar ribu-ribu untuk beli seterika . Padahal hal ada je benda yang sama tapi harga yang murah boleh dibeli.

Tapi....bulan September lepas ,  Amway memberi free gift untuk pembeli PHILIPS  IRON STEAM  ini. Hadiah  yang diberi yang berbaloi saya rasa iaitu iron board  yang super besar  dan bakul baju secara percumaaaaa.  

Harga hadiah itu  pun dah jangkau ratus-ratus  ringgit maka saya tak lepaskan peluang  beli satu set Iron Steam ini. Lepas ini, tak tahu bilalah pula Amway nak buat tawaran hebat sebegini.


Iron Steam
Masukkan air ke dalam body yang berwarna purple tu.
Guna air mineral lebih baik  bagi mengelakkan saluran wap berkeladak.


Shauqi sebagai model.
Board ini sangat besar ...Shauqi pun boleh berbaring  di atasnya.


Interprem lagi..

Jug air  ( diberi sekali) untuk isi air ke dalam seterika.


Nampak tak lampu biru tu ?
Itu tandanya ia telah sedia untuk digunakan.

Bila  saya dah cuba sendiri , alangkah senangnya mengosok pakaian  untuk sekeluarga. Baju sekolah anak -anak,  batik sutera  ( susahnya nak gosok sebelum ni) , baju kerja, tudung, baju melayu  untuk solat Jumaat  semua saya gosokkan.  Baju yang berbatu-batu pun boleh ,   tak perlu terbaikkan baju  macam sebelum ni.

Paling best , gosok sebelah ...sebelah lagi dah licin. Tak payah gosok lama -lama  macam gosok baju sutera  tu...sekali  gosok hilang habis kedut-kedutnya. Memang mudah kerja saya sungguh.


Berbaloi rasanya , walau pun ribu-ribu kena bayar.
Apa salahnya kan , yang nak buat kerja pun kita juga .
Dah cuba baru tahu .





Post a Comment