20 February 2016

Apam Beras @ Nasi

Apam  Beras @  Nasi Nasi 

Resepi mudah dari FB.

Bahannya: 

1 cawan nasi
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
3/4 cawan gula
11/4 cawan air 
1 sudu teh mauripan
1 teh baking powder
Kelapa parut
* boleh warnakan ikut suka hati.

Caranya : 
Semua bahan dicampur dan blendkan sekali dengan pengisar (blender)
Masukkan ke dalam mangkuk dan tunggu hingga adunan naik sekali ganda.
Ikut resepi dia suruh tunggu dalam 3 jam, tapi jika nampak naik bolehlah terus kukus . Kalau tak nanti boleh bantat pula apam bila terlebih masa.
Kemudian boleh masukkan ke dalam acuan kecil atau yang besar .
Kukus selama lebih kurang 15 minit.
Hasilnya , lembut dan gebu sekali.
Hidangkan bersama kelapa parut.

Tips: Pastikan air mendidih dahulu sebelum masukkan adunan ke dalam periuk.
Tapi kalau guna pengukus elektrik tak ada masalah....tak payah tunggu mendidih  boleh terus on dan masukkan  acuan serentak.



Post a Comment