21 February 2016

ISLANDS HOPPING DI PHUKET


Kami berisland hopping pada hari kedua sampai di Phuket. Esok pagi-pagi balik ke Krabi pula . Siapa nak tahu   cerita  sebelum ini BACA DI SINI .. baru faham

Semalam dah tempah pakej ...tapi akak  tak turun . Suami and  the geng saja yang cari pakej. Tapi mereka semua bincang di lobby hotel saja. Egen datang ke situ.  Sebenarnya , akak rasa kalau ambil pakej ke pulau dari Phuket adalah lebih mahal berbanding jika kita ambil dari Krabi. Sebabnya jarak ke pulau-pulau tu jauh dari sini .Kalau jarak dari Krabi dekat sikit.Sila tengok peta...itu pun tengok peta bila dah sampai phuket masa tunggu geng kereta yang terlepas jalan hari tu...

Pakej untuk sekepala RM128 , budak murah  sikit . Kami berlima beranak hampir RM600 ...huhuhu.
Kalau dari Krabi boleh dapat RM 40 kut...Itu pun melawat 3 buah pulau sahaja dengan makan tengahari di Pulau Phi Phi. Tak tahulah murah ke mahal. Katanya dah dikurangkan dari RM150. Lain kali kalau dari Krabi lebih baik ambil pakej di situ saja. Tak boleh  cakap lebih-lebih sebab tuan badan tak ada masa berbincang tu...


Kami diminta bersedia pukul 10 pagi sebab van nak datang ambil di hotel. Masa deal malamnya dengan harga tu , group kami tak kongsi dengan orang lain ...tup, tup bila van sampai kami dibahagi dua group dengan dua van. Satu group  kongsi dengan couple dari India ke mana entah. Satu lagi kongsi dengan Singaporean. Naik bot pun sama ....kongsi dengan group dari Goa , India. Singapore . Internasional la sangat.



Sebelum berlepas semua dah pakai jaket keselamatan.

Naik bot panjang ni . Boleh isi dalam 70 orang.



Ini couple yang datang satu van dengan kami.
Depan sekali group dari  Goa.


James Bond Island....ada jualan tapi tak beli pun


Tengok je ...


Pulau seketul yang dok impi nak tengok ...


Berkayak ...kami tak pergi . 
Tak masuk dalam pakej.


Ready to kayaking


Kami berlima.
Si Shauqi ready dengan baju mandi ...kata egen  boleh mandi rupanya tak ada pun .Bot tak berhenti tempat yang sesuai. last-last balik Krabi , mandi di Aonang pula esoknya.



Jeti berlepas.

James Bond Island 

Phang Nga @ James Bond Island. 
Abang yang baju kuning dan kakak tudung merah (suami isteri) group konvoi kami  . 
Datang berdua ...seat belakang kereta kosong.


Baik-baik ..tempias juga 


Gagah mak dan anak daki bukit ...orang panjat kita panjat.
Lain kali tak pasti boleh  datang ke tak lagi?

Makan tengahari di Phi-Phi.
Ketika kami sampai makanan dah sedia terhidang. 
Nasi pun ada yang tolong sendukkan.

Lepas makan , mula skodeng kawasan sekeliling. 
Suami dan abang baju kuning (gambar atas) sempat ke masjid di pulau itu.
Dari bot dah nampak menara masjid ....tapi berjalan kaki 20 minit juga nak sampai dari restoren terapung tu.

Surau ada di bahagaian atas restoren.

Mak dan anak  ...Izzat

Masih di James Bond lagi.
 Bot keluar masuk , sibuk sekali bawa penumpang keluar dan masuk.


Aiman dan Shauqi.

Tunggu nak makan ..lapar dah.

Kami makan di sini.


Pemandangan sekitar Phi-phi Island.
Lepas makan baru boleh skodeng ...hehehe

Berdesup..

Pulau apa tah....

Masa ni melepak tunggu group dari Goa tu berkayak. 
Buang masa betul...Nasib baik  bawa sandwich , boleh isi perut.
Kami dihidang   sirap  di sini ....

Tu yang leceh bila kita tak ambil pakej sama tapi naik bot yang sama.
Janji lain ...satu group tak campur group lain- lain konon.

Kami menunggu di sini.

Berselisih dengan bot-bot lain .


Last sekali kami di bawa ke kawasan  ini. 
Ada temple .
Tapi kami tak masuk pun...layan minum jus .

Layan jus mangga  la...50 baht

Ada juga yang minum kopi kaw di gerai sebelah.
Pun 50 baht juga


Monkey. 
Ada gerai jualan juga .


Masjid di Phi-phi nampak dari bot lagi.
Tengah gambar tu....



Group kami 


Dari pukul 10 pagi  bertolak  dari hotel dekat 2 jam juga nak sampai ke jeti.
Perjalanan akan melalui jambatan  Sarasin yang menghubungan 
tanah besar Phanga dan Pulau Phuket 
Ada polis yang berkawal di checkpoint  di situ.
Sebelah jambatan keluar ke Krabi ada gerai jualan buah-buahan.
Jambatan ini serba putih ..cantik senibinanya.


Phuket terletak di tanah tinggi ...kita akan menuruni cerun semasa nak ke Patong .
Tapi ada jalan potong tanpa naik bukit ..kami balik  ke Krabi ikut jalan ini setelah  driver van Island hopping bawa jalan ikut jalan ini masa balik dari  pulau. 

Jadilah sekali ke Phuket . 
Kenangan seumur hidup.












Post a Comment