29 January 2017

Kenangan Lalu


Assalamualaikum

Hari ni nak kongsi gambar umrah saya .
Kerinduan...


Kena cari sudut terbaik ...baru nampak muka jam .
Lokasi: Pintu 93 Masjidil Haram

Hotel...laluan ke hotel penginapan kami.
Hari-hari tengok, hari-hari nampak.


Pizah dan saya
Lokasi : Jabal Rahmah

 Perumahan di atas bukit batu.
Lokasi : Snap semasa perjalanan ke Jaafar Ria tempat shopping.

Beli sikit .
Lokasi Jaafar Ria.

Jaafar Ria seperti bazar Chowrasta, Penang.
Di dalamnya banyak lot-lot kedai kecil-kecil . 
Harga pasti menawan. 
Murah....tapi kena pandai menawar.
Tasbih , minyak wangi (macam pen), sejadah kecil atau besar elok beli di sini.
Lagi banyak kita beli lagi banyak potongan harga yang diberi.
Sayangnya , saya ke sini bila dah dekat nak balik. Kebanyakkan dah membeli serba sedikit.
Duit pun hujung-hujung juga. 
Jadi belilah sekadarnya.


Snap dari atas bas . Tempat pertama nabi s.a.w mendapat wahyu. 
Bayangkan Nabi memanjat bukit yang tinggi, tandus   dikala itu  dengan susah payahnya.

Lokasi :Jabal Uhud

Meal atas flight.


Kak Yus ...diam-diam dok belakang. Patut la senyum lebar.
Lokasi : Muzium Kaabah



Sementara menunggu suami dan anak keluar dari Masjidil Haram , saya pun melilau menghabiskan masa. Minta jemaah dari Indonesia tolong snapkan gambar.
 Balasannya saya pun snapkan untuk dia juga.
Selepas Subuh beberapa minit sebelum lampu di belakang di padamkan.

Lokasi  Hadapan Menara Jam.


Selepas Asar kami bertiga anak beranak tak balik ke hotel . 
Sementara nak tunggu Maghrib mai kita isi perut sat.Santai-santai gitu.
Lokasi : Kedai Kebab di dalam Menara Safwa.


Meneman kawan membeli cincin....cantik dan bling-bling.
Lokasi : Pasar Jaafar Ria, Mekah.

Aiman Wafi
Lokasi : Jaafar Ria


Bergunting dan bercukur .
Jenuh cari  barber shop. Rupanya ada tukang tunjuk kedai.
Rasanya dia dapat tips dari tauke kedai.
Lokasi :  Menara AL SAFWA

Tukang guntng rambut. Dah licin rambut Aiman....
10 riyal sorang.
Mak teman je..mak tak gunting rambut ...hehehhe

Lepas bergunting ...isi perut dengan kebab. 
6 riyal satu kebab .
Lokasi : Al Safwa

Bersama jemaah dari Pakistan semasa menunggu  suami dan anak ke toilet.
Lokasi : Tepi Safwa , dekat tandas lelaki.



Berkenan dengan warna kereta kuning ni...ceria .
Tumpang bergambar sat naa...
Lokasi : Pinggiran Masjid Terapung Jeddah

 Dalam perjalanan nak ke airport , singgah sebentar di Masjid Terapung Jeddah.
Sekejap sahaja 10 hari  ...dah nak balik . 
Semoga ada rezeki lagi ke sana untuk haji dan umrah.








Post a Comment