Buat Duit

Monday, January 16, 2017

Lawatan ke Muzium Kaabah

Assalamualaikum,

Selepas ladang unta , rombongan kami  terus ke Muzium Kaabah.
Dalam muzium in terdapat seni bina Kaabah dari dahulu kala yang di simpan hingga kini. Bukan Kaabah sahaja yang dipamerkan tetapi berbagai lagi seni bina yang berada di Masjidil Haram.

Contohnya seperti cucuran   emas di dalam Hijr Ismail, Makam Ismail , telaga Zamzam, tangga , pintu Kaabah dan banyak lagi yang boleh dilhat.

Orang punya lah ramai....bersesak-sesak  semasa lawatan kami pada hari itu. Lawatan murid-murod sekolah rendah pun ada . Bersesaklah kami pada hari tu.
Barisan bas bersusun-susun di luar pagar. Terpaksalah rombongan kami menapak dari jauh untuk ke Muzium tersebut .

Masa tu juga terjumpa penjual buah dari dalam kereta . Ada buah limau , dan buah delima . Besar-besar pula tu. Kami pun masa keluar dari muzium borong la  sorang seplastik . Murah pula tu. Buah delima sekilo 5 riyal saja. Dari nak beli 5 riayal dah jadi 10 riyal ...hihihi . Buah-buah tu dapat bawa balik ke Malaysia pula.

Buah delima ni , tak sama harga . Nasib la kalau terbeli yang mahal. Macam yang dijual di Masjid Terapung Jeddah .... sebiji 15 riyal. Makcik sorang ni beli 2 biji dah 30 riyal. Maklumlah dah nak terbang balik Malaysia malam tu. Agaknya dia tak jumpa di Muzium tu , dia belilah di sini.




Masa kami tiba ...ramainya umat manusia.

Di pintu depan , sebelum masuk ke dalam.
Bersama Kak Yus jiran dekat rumah.


Pizah , Kak Yus dan tuan belog.

Makam Ibrahim...Kelihatan 2 kesan  tapak kaki baginda di dalamnya.


Pancur air  emas ...yang terdapat di bahagian atas Hijir Ismail.


Besi yang mengelilingi Hajaratul Aswad batu  dari surga.

Potret Kaabah zaman dahulu.

Pintu Kaabah di belakang nun....selfie aje la.
Ramai sangat tak susah nak berfoto-foto .

Satu lagi...pintu Kaabah zaman dahulu.

Telaga Zam-Zam

Ada banyak lagi yang dipamerkan untuk tatapan pelawat. Tangga mimbar yang berukir cantik.
Ziarah luar ke sini , salah satu tempat melihat  benda-benda penting dalam perkembangan Islam dari zaman berzaman. 
Jadi , lawatan ke sini tidak harus  dilepaskan.





23 comments:

  1. menarik sekali lawatan luar di Mekah...umrah dulu2 takde gi tempat2 mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ka nohas....nanti ada rezeki kena pergi lagi. bukan ke sini saja ada juga pergi ke Thaif tempat sejuk macam cameroh highland kita

      Delete
  2. Masa kakak menunaikan Haji dan umrah berkali-kali tak pernah ada peluang pergi muzium ini tau. Lain kali kakak nak cuba suarakanlah. Teringin pulak bila tengok tu.

    ReplyDelete
  3. pakej umrah sekarang up todate..mcm2 aktiviti ziarah yg dibuat.ada ziarah dalam ada ziarah luar.

    ReplyDelete
  4. Seronoknya dapat berkunjung ke sana.

    ReplyDelete
  5. Seronoknya..
    mudah2an akan ke sana suatu hari nnt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga sampai lah ke sana.yg dah pergi pun teringin ke sana lagi

      Delete
  6. Replies
    1. Kalau dulu susah tul nk kenal mana satu kak nieda ��

      Delete
  7. pegi guna pakej mana ni.. nama syarikat

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakej azzuha..yg ustaz Don jadai duta tu

      Delete
  8. Ya Allah..seronoknya..tengok gambar je pun dah tau seronok..apatah lagi akak yang dah sampai ke sana...bestt sangat2 kan....

    ReplyDelete
  9. Seronoknya :) Sekarang pakej umrah biasanya akan bawa kita ke tempat menarik kan. Baru rasa puas hati pergi :)

    ReplyDelete
  10. Tempat wajib masuk ni..museum kaabah

    ReplyDelete