31 March 2017

Masjid Terapung Jeddah

Assalamualaikum

Lama tak menulis , tepu idea nak mengarang ....huhu.

Masa pun cepat sangat berlalu....esok dah 1 April. Tiga Bulan pertama  berlalu tanpa boleh ditahan-tahan. hujung-hujung nanti tenok bulan berganti tahun , kita duduk tang tu juga. Alahai...

Mai tengok gambar -gambar kenangan  semasa umrah Disember 2016 yag tak habis-habis lagi ni.
Kami singgah sebentar di Masjid Terapung dalam perjalan ke Jeddah. 

Memula mutawif kata  kita solat asar  di sini...tapi akhirnya terlebih masa dengan bergambar , makan-makan, bersantai-santai tal lama kemudian dah maghrib. Bersama ahli rombongan yang ramai , dengan tiga buah bas , bersesak di bilik air dengan jemaah dari negara-negara lain agak mengambil masa. Namun , ustaz kata kita  ada masa lagi...tak perlu terkejar-kejar jadi gunakan peluang yang ada.

Kelihatan ufuk bertukar warna ...cantik. Masyarakat Arab pun ramai beriadah bersama keluarga di sini. Ada yang makan dan berkelah ramai-ramai dengan keluarga. 

Jeddah dari pandangan dari Masjid Terapung

Terpikat pula dengan si kuning kereta pak arab ni...
 
Tiga sekawan berumrah bersama. Kawan dari sekolah menengah .
Sebenarnya berempat , seorang lagi kawan menjaga mertua  yang berkerusi roda tak dapatlah nak bersama selalu.

Jubah  belang menjadi trend di Tanah Arab.




Tiga beranak kami
mak, abah dan Aiman Wafi

Di tepi laut, angin segar bertiup ...nyaman sekali


Ketika baru sampai ...masih cerah

Abadikan sekeping

Cantiknya kejadiaan  di depan mata


Ramai beridah di sini bersama keluarga


Langit mula bertukar warna


Semakin hilang cahaya.



Selepas maghrib kami pun bergerak ke  Airport Jeddah . Masa semakin ke penghubung untuk meninggalkan bumi Arab ini. semoga ada kesempatan lagi  dan rezeki untuk hadir di sini.. Murahkanlah rezeki  YA ALLAH.




Post a Comment