23 May 2017

SABAH DI BAWAH BAYU

Assalamualaikum.
Kami bertiga ke Sabah Negeri di Bawah Bayu hujung minggu yang lalu dari 19-22 Mei 2017.
Melawat anak, Alia  yang berada di sana . Kata nak tengok anak, tapi mak yang lebih nak makan angin. 2 in 1 lah lebih kurang.



Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Terbang mencari Alia.


Awan berkepul -kepul.
Kali ini dapat seat tepi tingkap. Tak berebut dengan anaki.-anak  seperti selalu.
Kami terbang bertiga sahaja bersama si bungsu Shauqi. 

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Terbang petang pukul 4.40 petang ke Kota Kinabalu.
Memula terbang amsih cerah dah tiba di sana dah malam . 
Matahari awal di sini, malam pun cepat berganti.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Senyuman menawan dapat naik kapal terbang.
"Lama la adik tak naik kapal terbang" .


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Cari di mana budak kecik Shauqi...

Kami naik teksi airport  ke hotel dengan bayaran RM 30.
Memula naik teksi , terasa macam di Indonesia pula bila driver bercakap.
Tapi servis bagus bah! 
Kami dihiburkan dengan lagu Inggeris 80an.

Esok pagi baru Alia datang jemput  untuk perjalanan ke Keningau dan akan bermalam  di sana.
Kami sampai di KK dah malam , selepas  simpan bag kami keluar makan malam sekejap dan terus balik bilik tidur , badan dah penat kan.

Aktiviti pertama di hari kedua kami sampai di KK,   kami akan bergerak  ke Keningau . Bermalam di sana semalam sebelum bertolak balik ke KK semula.

Perjalanan  dari KK - Kundasang - Ranau -Keningau pun bermula .
Sambil melawat  bapa saudara yang berada di Keningau.

Namun pagi tu ada drama sikit, kereta sewa kami tak dapat dihidupkan. Mood dah down sebab nak kejar masa nak tengok Kinabalu. Selepas pukul 11 pagi alamatnya nampak kabus je la.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Driver pergi beli minyak.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Isi minyak.


Ingat  minyak habis  . Selepas pergi beli minyak (nasib dekat) tak mahu hidup juga. Mesti masalah bateri . Call onwner kereta (orang Terengganu yang study satu universiti dengan Alia)  datang bawa jumper. Nasib  baik selepas tu kereta tak ada masalah. Lega rasa hati.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.

Abah dah lepas tanggungjawab kepada anak, pergi balik Alia yang memandu. 
Abah dah boleh  rehat di sebelah . Mencabar juga memandu di Sabah terutama antara Ranau ke Keningau . Jalan tak berapa elok dan berbukit bukau.
Alia pun tak percaya dia berjaya memandu sejauh itu. 

Sepanjang jalan ke Keningau yang bagusnya semua tempat  yang nak singgah adalah sehala.
Kami singgah di Rumah Terbalik, Nabalu, Kundasang , Jambatan Tamparuli, Kundasang,  dan Desa Castle Dairy Farm,

Dalam perjalanan , lokasi Rumah Terbalik yanga kami singgah. 
Kami berdua saja yang turun sekadar nak bergambar sebagai kenangan tanda dah sampai.
Abah dan Alia  menunggu dapam kereta.

Bayaran kami berdua ialah RM 15.90. Kanak-kanak RM 5.30.
Kami tak masuk ke Muzium 3D. Bayaran lebih RM 31 jika masuk kedua-duanya.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Carta bayaran.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Jangan ingat tak ada orang. Kiri kanan , depan   belakang penuh dengan pelawat. Macam tunggu giliran bergambar  di Tangkuban Perahu pula rasanya. 

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Model mak .

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Model mak beraksi.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Kereta Terbalik.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Antara yang terbalik.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Berdua lagi.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Tandas pun terbalik. 

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Aksi lagi .

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Rupanya Kancil ini ada dot dot .

Dipintu masuk kita akan diminta mengambil gambar kenangan dengan jurufoto mereka.
Gambar akan di letakkan di pintu keluar . Harga gambar bermula dengan RM 30 dan pakej dengan cover semua sekali RM 50.

Masa kami keluar gambar kami tak ada lagi, kami hanya  semata -mata bergambar  dibahgian luar rumah terbalik , Muzium 3 D tak masuk sebab nak cepat. Meneganngkan 2 orang lagi  menunggu di dalam kereta. 

Selamat ...terus  ke kereta cepat-cepat.


Kredit kepada pekerjanya yang menolong mengambil gambar kami berdua.


* bersambung






23 comments:

  1. Teringin jugak nak pi KK, tapi la ni malas sungguh nak berjalan, sejak pencen kemaruk berul duduk rumah.... kalau boleh x nak ke mana pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali makchaq tukar angin apa salahnya

      Delete
  2. Wah da ke negeri di bawah bayu Nieda ye..tinggal lak krabi ye
    Seronok gi Sabah ni Nieda..bnyak tempat
    Yg menarik kan..tapi paling best dpt masuk pasar ikan..murah fresh

    ReplyDelete
  3. sekilo ikan sardin rm2 je...seafood pun murah. tapi x membeli kami duduk hotel biasa ja.

    ReplyDelete
  4. teringat ms g sini... cuaca panas giler... tp smpi kundasang wallaaaa sejukkkknyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawa kereta buka cermin tingkap...wah sejuk dari aircond.allah bagi udara yg terbaik.utk hambaNya

      Delete
  5. Makcik tak pernah sampai sini lagi

    ReplyDelete
  6. Nieda, bukan Alia ni dulu belajar kat UUM ke?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alia.student uum.lagi..tapi dia sekarang di bawah program mobility pelajar uum-ums. semester depan akan balik belajar di.uum semula. belajar sambil melihat negeri org

      Delete
  7. bestnye !! saya tunggu #duanur besar sikit baru nak singgah.. hee~ tu pun kalau ade rezeki dari segi umur / masa / tenaga..

    ReplyDelete
  8. Kereta sewa buat tu yg spoil

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes...nasib baik lpas tu ok.sampai ke keningau dgn selamat

      Delete
  9. Replies
    1. ya...satu semester je.pertukaran pelajar.

      Delete
    2. ya...satu semester je.pertukaran pelajar.

      Delete
  10. Serba Serbi terbalik ni.. hahaa

    ReplyDelete
  11. Memang best kundasang. KK pulak best dengan seafood. Rasa nak repeat lagi pulak.

    ReplyDelete
  12. Bestnya.. gambar pun cantik2 semua. Mesti puas hati Kan jenjalan kk

    ReplyDelete
  13. Rindu pula zaman zaman study kay sabah....hihi

    ReplyDelete
  14. adoi kereta janganla buat hal time2 gituuu.. tak nak idup plak dia syukur semua okay alhamdulillah..

    ReplyDelete
  15. Si shauqi jadi orang minyak kat gambo tu... ha ha ha...

    ReplyDelete
  16. Kali pertama ke KK... dari airport ke kaki bukit... drive sendiri... berdua dgn HH... sampai skrg mcm x caya... boleh jejak sana tanpa gps... betul2 redah ikut signboard... he he he...

    ReplyDelete