Buat Duit

Monday, May 15, 2017

MEE TARIK WARISAN ASLI DI MYDIN MERU

assalamualaikum.


Foto Mee Tarik Warisan Asli.
Kredit : FB Mee Tarik WarisaN


Terasa nak makan mee tarik . Mee tarik yang dibuat dengan tangan menjadi urat-uart mee, Mee yang asalnya hanya boleh didapati  di Negeri China dan kini boleh dinikmati di Malaysia. Salah satunya di Mydin Meru, Ipoh.

Berulangkali lalu di hadapan Mydin Meru untuk ke Seri Iskandar , tak pernah sekali pun singgah. Anak pun dah masuk Tahun kedua  belajar di sana. Semalam kami lalu lagi menghala ke Seri Iskandar , dan kami singgah selepas selesai urusan menghantar anak ke asrama. 

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Buku menu.

Kedai Mee Tarik Warisan ini terletak di dalam bangunan Mydin . Bukan di bahagian luar  yang banyak food outlets. Senang saja nak cari, masuk ke dalam bangunan dan ia berada di lot yang  berhadapan dengan pentas . Semalam sempena Hari Ibu ada pertandingan menghias kek dan aktiviti kanak-kanak di adakan. Meriahlah dengan orang ramai.
Dalam kedai mee pun boleh tahan juga pelanggan.
 Maklumlah cuti hujung minggu .


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Lokasi cawangan kedai mee tarik seluruh Malaysia

Rupa-rupanya dah banyak cawangan kedai meem tarik ini. 
Di Kuala Lumpur sahaja dah ada 15 cawangan .
Perak 1-  Merulah tu. 
Terengganu  dah 2 , Kelantan , Johor, Melaka   dan Pahang masing-masing  1 cawangan dan Kedah pula dah  ada 2 cawangan . 
Anda boleh ke website Mee Tarik  dengan klik http://www.meetarik.com/

Kami berempat meminta empat hidangan berbeza. Tiga darinya adalah dari menu mee.....dah tentulah saya nak merasa keistimewaan  mee tarik ni kan? 
Tapi suami saya memesan nasi putih dengan lauk daging.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Lamen soup with vege 
Aiman  punya 
RM 8.80

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Lamen soup with sliced beef , saya punya .
RM 9,80

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Rice with fungus and meat
RM 12.80


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Shauqi minta Fried lamen  with beef
RM 11.80

Nampak banyakkan....tapi dia suka pula ...80 peratus selamat masuk perut.
Banyak juga dia makan , tinggal sikit-sikit  abang Aiman tolong habiskan.
Licin


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Mee- mee soup


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Lagi..rice pun ada



Untuk yang suka pedas...wajib tambah cili.
Setiap meja diberi sebekas cili .

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Jasmine tea.
Rm 2.30


Total makanan kami RM 62.30 termasuk satu lamen bawa balik rumah.

Menariknya , kita boleh melihat cara mereka membuat lamen ini  di sini secara langsung.
Satu pengalaman baru untuk melihat budaya orang China memproses makanan ruji mereka  tanpa menggunakan mesin. Tak perlu terbang jauh di Meru pun boleh ...


As authentic as they come

 

In China, Lanzhou in Gansu Province  is famous for authentic Lanzhou Hand Pulled Noodle or Lamien.

Lanzhou beef lamian  or Lanzhou beef hand-pulled noodle, is a type of Chinese noodle dish originated in Lanzhou, China, and generally popular in China. It is referred to as "beef noodle" in Lanzhou. It is sometimes simply called lamian , which means hand-pulled noodle in Chinese, or "beef lamian"elsewhere in China.In Malaysia , local people called as "Mee tarik".

The hallmark of Mee Tarik Warisan Asli brand is our authentic authentic Lanzhou Hand Pulled Noodle from traditional Lan Zhou recipes. Our founder Mr.Hassan

bring this recipes to Malaysia.He would like to let this Mee Tarik can be tasted every corner in Malaysia



17 comments:

  1. Ya Allah sedapnyeeeeeeeeeee.. dah laa e'in tengah lapar nie.. huhu

    ReplyDelete
  2. Shauqi!! Abis ke tu bak sini kongsi dgn auntie JM

    ReplyDelete
    Replies
    1. habis auntie JM ....lepas mkan kena cari tandas la budak tu

      Delete
  3. Yang Shauqi punya nampak sedap dan banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menarik sbb warna merah...yg sup2 warnanya putih ceroi .tapi keduanya menyelerakan.

      Delete
  4. terliuq malam2 ni...huhu..

    ReplyDelete
  5. sedapnya...harga pun tak lah mahal sangat kan kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuantiti pun banyak ..padan dgn harganya

      Delete
  6. Replies
    1. kat johor pun ada...kalau ada sambal kicap algi terangkat

      Delete
  7. allahu temptingnya tgk lamen tu...macam banyak je sepinggan tuh..berbaloi!

    ReplyDelete
  8. mula2 bc sy ingat teh tarik hahaahahah terus skrol cr gmbr teh tarik

    ReplyDelete
  9. selalu jugak lalu kedai mee tarik ni tapi belum berkesempatan mencubanya...sebab rombongan nekcik ni..tekak selera melayu ..ngan omputih..nekcik jer suka cecuba...

    ReplyDelete
  10. Bunda pernah g makan kat cawangan Bangi..

    ReplyDelete