24 December 2017

SABAH

Assalamualaikum.

Nak sambung cerita ke Sabah bulan Mei dulu... lama dah terperap akibat tak datang ilham.....huhhuu.

Perjalanan kami dari   Desa Dairy Farm  ke Keningau ( rumah bapa saudara ) di teruskan lagi.
Driver masih lagi Alia yang memandu  hingga sampai ke sana pergi dan balik esoknya . Abah dah boleh berehat di sebelah. Caiyuk Alia!

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Perjalanan dihiasi  dengan pemandangan cantik kiri dan kanan.
Suhu sejuk berangin. Maklumlah jalanraya di atas tanah tinggi.
Kabus sesaja menutupi bukit bukau.



Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Kabus.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Orkid  .
Mercu tanda dah sampai ke bandar Keningau.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Banyak betul ..yang ni tengkolok. 
Dapat ambil separuh dari dalam kereta.
Ada lagi senibina di  sini tapi tak sempat ambil gambar.
Macam di Jeddah , banyak arca di bina di bandar mereka.

Sampai di Keningau , Paklong naim dah tunggu di depan hospital Keningau tapi akibat telipon masing-masing dah kehabisan bateri terjadi  miss comunication pula.  Bila kami nampak hospital terus kami masuk ke dalam  cari kut-kut dia menunggu di tempat parking kereta dalam kawasan hospital . Tapi tak jumpa....bila kami keluar dari pagar hospital terus nampak dia menunggu di bas stop depan tu. 

Masa ni dalam  6  petang rasanya.
Dia bawa ke restoren untuk makan-makan. Sedap juga mee goreng mamak di kedai tu.
Sayang tak ambil gambar. 

Pagi esok kami nak balik semula ke Kota Kinabalu. Paklong Naim bawa ronda melihat kawasan  Maktab Perguruan Keningau tempat dia bertugas.
Satu maktab dia tunjuk...tempat bas lama, kuarters pensyarah, asrama pelajar , pejabat dia ...tandas pun masuk ( sakit perut).
Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Kami dan Paklong dan isteri. 

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Sebelum berpisah...kami ambil gambar ramai-ramai.


Masa ni dia hampir nak pencen ( sekarang dah bersara)  jadi lawatan ni sangat sentimental lah untuk dia. Bukan senang orang semenanjung nak sampai ke  tempat dia bertugas kan.


Perjalanan balik kami singgah di Tamu Ranau. Tak beli apa pun 
sekadar melihat -lihat. 


Paklong Naim dah bagi kayu manis 2 ikat  sebagai buah tangan . 
Paklong kata kalau tak kerat  , tak lepas nak bawa naik kapal terbang.
Punya la panjang ...nak masuk dalam beg pakaian pun tak boleh zip. Maka kena potong pendeklah jawabnya.

Memang tahan stok sampai 2,3 tahun rasanya.
Sebelum dikerat-kerat hampir 2 kaki panjangnya.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Tu..namapak kayu manis di situ.
Kayu manis   banyak didapati di Sabah.
Di Semenanjung susah nak jumpa yang panjang-panjang.



Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Beras , pulut .

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Jualan macam pasar minggu  di semenanjung juga .
Sayur-sayuran dan keperluan harian yang lain .

Perjalanan diteruskan untuk ke KK.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Bukit bukau lagi.


Semalam dari KK  ke Keningau kami melalui Kundasang. Ada jualan di tepi jalan.
Singgah jangan tak singgah. 
Tengok apa yang menarik di sini.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Buah-buahan dan sayuran.
Kundasang tempat sejuk sesuai sangat untuk satur dan buah-buahan hidup subur.
Masa ni hujan...tapi tak ku peduli . Hujan pun hujan la...ku redah juga.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.

Strawberi pun ada .


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
 Buah naga , delima , dan aprikot

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Buah-buah yang dikupas siap.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Cantik.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Kenangan . 
Angin kuat bertiup....sejuk.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Kami di puncak.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Bertiga.

Alia pun dah balik ke Semenajung menyambung study di sini semula .
Satu semester belajar  di Universiti Sabah menambah pengalaman yang ada.