19 January 2018

Bandung lagi

Assalamualaikum.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Teh gelas
Di belakang kelihatan tente dan ank gadisnya Dena.

Inilah rupa teh gelas yang dihidangkan kepada kami semasa di rumah keluarga angkat Ain dan Auni.
Orang lebih tahu dengan teh botol jika ke Indonesia. Mulanya saya tak perasan dijamunya kami air,  saya ingat jajan macam budak -budak makan di Malaysia. Rupanya teh!

Baca di sini juga . Bandung 2018 part 1.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Dengan Air Asia lah mampu naik.

Perjalanan pertama ke luar negara dulu ialah ke Indonesia bagi kami sekeluarga.
Masa tu Ain , di Tahun 6. Hari yang sama keluar keputusan UPSR hari itulah kami terbang ke Jakarta.  Tak sempat tunggu cuti sekolah atau bagaimana tak ingat dah.
Tapi tarikh tu  dapat tiket memang murah rasanya.

Kali ini Ain terbang lagi ke sana dengan misi yang berbeza. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan manis buatnya. Ain dan Auni ( kawannya) terpilih dalam program  Aiesec di Bandung selama 6 minggu.  

Apa itu Aiesec?
AIESEC adalah organisasi internasional untuk para pemuda yang membantu mengembangkan potensi kepemimpinan mereka. AIESEC merupakan organisasi terbesar di dunia. Organisasi yang berfokus pada pengembangan kepemimpinan para pemuda dan menjadi ambassador di luar negeri untuk menjalankan project social. AIESEC juga berfokus pada pengembangan kepemimpinan, pengalaman kepemimpinan, hingga partisipasi di Global Learning Environment.
Markas AIESEC saat ini di RotterdamBelanda.
sumber : Wikipedia.

Dari KiaraSari tadi ( rumah tumpangan Ain dan Auni) kami suami isteri terus ke hotel. Masa ini hotel tak tempah lagi....nak tempah di Malaysia cik abang kata tunggu dulu.  Kami sepakat nak duduk di hotel yang dekat Pasar Baru.Jalan kaki kaedahnya.Tiada rancangan nak ke tempat wisata yang lain yang seperi Trans Studio ( Tak bawa anak , tak sesuai utk kami berdua), Lembang Tangkuban Perahu  memang tak ada list kali ini. Cuba saya teringin nak ke Farm  House tapi kami kesuntukan masa.  Kedatangan kami sebelum ini (2015) , tempat ini baru dibuka . Manakala tempat-tempat lain dah pernah samapai beberapa kali. Tak terkilan sangat kalau tak sempat pergi.

Hotel ditempah dalam Grab oleh pemandu Grab wanita yang comel.
Terus kami dihantar ke Hotel Guntur. Tiada pilihan sangat sebab hujung minggu.
Hotel pertama yang dicall penuh...bila call yang kedua terus setuju sahaja .


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Kami di beri bilik bawah dekat dengan lobi.
Bilik 101.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Di hadapan bilik kami ada taman  kecil untuk bersantai.

Selepas berehat sebentar, kami pun keluar nak meneroka kota Bandung.
Ke Grutty di  l Jl. Cibaduyut Raya No.60, RW.06, Cibaduyut, Bojongloa Kidul, Kota Bandung, Jawa Barat 40236, Indonesia  , sebab Grutty buka samapai malam. Pasar Baru pula dah hampir nak tutup.
Pagi esok pula lah ke Pasar Baru.

Kami pergi dengan Grab lagi.
Pastikan hpone anda ada aplikasi Grab dulu.
Tambang dalam RP 13K rasanya .

Kami nak cari kasut kulit dan sandal.
Selalunya kasut Grutty tahan lama.
Tapi beg tangan saya suka beli di mall atau di Mangga 2.
Deretan kedai di hadapan Grutty pun tak kurang menarik juga.
Ada kedai barangan kulit seperti jaket , topi dan sebagainya.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Grutty .

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Lip lap lip lap.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Sepatu lelaki.

Kami pulang dengan jayanya membawa tangkapan di Grutty.
Sepatu sorang satu....hihihi.

Esok ke Stasyen keretapi Bandung mencari tiket ke Jakarta.
Dapat ke tak dapat?





Post a Comment