17 January 2018

Grab Car di Bandung.

Assalaamualaikum.

Indonesia , negara pertama di awal tahun 2018 bagi perjalanan kali ini. Ke Bandung lah kita.
Perjalanan yang tak disangka , namun dah sampai ke sana. Rezeki nak makan angin....hehhe.

Tujuan sebenar untuk menghantar anak perempuan kami ke sana untuk program Aiesec selama 6 minggu di Bandung. Dia  dan sorang kawannya Auni ( kawan seuniversiti dan sekampung) tinggal  bersama keluarga angkat selama di sana. Jadi kami ke sana untuk berjumpa dan berkenalan  dengan tuan rumah mereka  .



Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Ain dan Auni .


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Bersama keluarga baru .

Berdiri barisan belakang ialah ibu , bapa angkat dan anak perempuan mereka Deena.
Duduk di hadapan ialah  Auni , Ain dan Intan ( dari Aiesec). 

Intan yang menyambut kami tiba di airport Bandar Udara Internasional Husein Sastranegara Bandung.
Kami bertolak   7 pagi dari  KLIA2 pagi Sabtu selepas 2 jam tiba lah kami di sana.

Sebelum ke rumah keluarga angkat Ain, kami bersarapan dulu di Solaria

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Kami bersarapan di Solaria di hadapan airport.
Tengah berbincang .Urusetia pun masih belajar lagi.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.

Nasi dan ayam black papper merangkap makan tengahari terus.
Masa ni dah hampir pukul 11 pagi.
Harga Rp 30000.

Selepas makan kami pun ke tempat penginapan anak-anak. Kami pergi dengan 2 buah kereta GRAB yang ditempah oleh Intan dan Anja ( Urusetia Aisec). Kami berjalan ke luar dari Bandara kerana kereta Grab yang ditempah tak dapat masuk ke sana.  Jauh juga Pakcik dan Makcik nak berjalan sambil tarik beg.

Namun....
 Perjalanan selama 45 minit lebih kurang hanya Rp 40000 sahaja untuk sebuah kereta.Wah murahnya! 


Selepas dihidangkan teh gelas ( sebab dalam gelas)tselalu orang kenal teh botol kami pun terus ke hotel.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Mak abah dah nak balik.
Menitis juga air mata emak melepaskan anak di perantauan.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Anja (urusetia Aicsec) yang orderkan. 
Masa ni kami masih tiada simkad Indon dan tiada aplikasi GRAB lagi.
Tapi ....susahnya jika tiada internet. Masa di hotel bolehlah guna ikhsan hotel punya wifi.....tapi bila di luar hotel  bagaimana tanpa Internet kan?

Ini GRAB kedua yang ditempah untuk kami suami isteri bertolak ke hotel.
Masa ini hotel pun tak tempah lagi....hahaha. 
Pemandunya wanita. Manis pula orangnya.
Dia yang tolong order hotel untuk kami.
Terima kasih Dinar.
Tambang yang dibayar ialah Rp 20000 dari Kiarasari ke Hotel Guntur , Bandung.
Murahnya tambang !! 

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Wah... Nida room 

Hotel yang terletak  dekat dengan Pasar Baru. Jalan kaki saja boleh sampai ke sana .
Sebelah Hotel Guntur pula ada KartikaSari. Tapi kami tak singgah pun ....nampak dari dalam Grab Car sahaja.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Menuju ke hotel Guntur.



Setelah mendaftar masuk , kami berehat sebentar sebelum keluar sebelah petang .
Ke Grutty la kita nanti!

Tak sabar meneroka Kota Bandung.




Post a Comment