18 May 2020

Biskut Kelapa

Assalamualaikum.




Biskut Kelapa  resepi Cikgu Azlina Ina.

250 gm butter
1 cawan gula kastor
1 biji ntelur
sedikit esen vanila
sedikit garam



Bahan kering
1 cawan kelapa  parut yang disangai
2   1/2 cawan tepung ubi
1  1/2 cawan tepung gandum
1 paket serbuk santan


Caranya

Pukul  butter dan  gula kastor hingga sebati. 
Sekejap sahaja  menggunakan senduk. 
Tak boleh lama nanti biskut akan kembang bila dibakar.

masukkan esen dan garam  .
Gaul sebati,

Kemudian baru masukkan tepung ubi , tepung gandum dan kelapa parut yang disangai ke dalam adunan .
Pastikan adunan tidak melekat ditangan   maknanya adunan sedia untuk di terap dengan acuan.
Saya guna gelas sahaja.

Jiak adunan lembik sedikit tambahkan tepung gandum sedikit.


Bakar dalam suhu 150 darjah  C .
Masa lebih kurang 15 minit atau sehingga tapak biskut kekuningan.


First time buat ...alhamdullillah nampak gaya macam ok.
Lepas berbuka kita try test apa rasanya pula.




simpan sini resepi untuk rujukan  masa depan.

6 comments:

  1. Dah ada biskut raya...saya belum buat lagi...huhuhu

    ReplyDelete
  2. kuih dulu2 simple and yet sooo sedapp.

    ReplyDelete
  3. biskut kelapa ni legend ni so classic..
    baru2 ni order juga cookies konon Hawaii delight.. ehhee rasa sbijik
    sekut kelapa.. nama ke hipstur..

    ReplyDelete
  4. samaa..semlm balik kerja, mak buat biskut kelapa jg..hehe..

    ReplyDelete