24 December 2011

Luka kaki kena jahit....luka di hati siapa yang tahu.


Malang tak berbau. Kalau dah sakit nak lega lambat pula. Si Aiman Wafi terpaksa bercuti dalam kesakitan. Gaya berjalan macam baru lepas bersunat.  Nak pakai seluar panjang pun susah takut terkena kaki yang sakit. Pakai kain pelekat lah jawabnya.

Kaki terkena handle basikal yang hanya tinggal besi. Masa kena waktu tengah hari , darah keluar banyak menitik-nitik. Terus bawa ke hospital ke wad kecemasan. Nasib baik tak ada pesakit terus dibawa ke bilik rawatan.

Masa dia diberi rawatan , punyalah menjerit meraung tak tahu nak cakap. Boleh dengar satu hospital. Rupa-rupanya kalau kulit yang terkopek macam tu memang sakit semasa kulit dijahit berbanding kalau kena pada bahagian yang ada  isi.

Jadi sekarang ini bercuti dari jadi  cikgu kena jadi misi pula. Tolong dia cuci kaki  yang luka setiap pagi. Kalau hari biasa bawa dia ke klinik desa berdekatan Misi Shima yang tolong cuci.  Bila cuti Sabtu , Ahad ni dia dah bekalkan cecair pencuci dan set pencuci.


Enrty ni sebagai peringatan kepada Wafi dan anak-anak yang lain. Beringat sebelum kena. Jangan nakal-nakal .

Kalau dah sakit bercuti dalam rumah sajalah.  Nasib baik dah ke KL- Melaka tempohari . Kalau tak gigit jarilah jawabnya.

5 comments:

  1. Si aiman Wafi dah bising , mak ni ambil gambar mesti nak masuk blog....malulah.

    Apa nak malu . Nanti dah besar boleh tengok balik. Kaki kena jahit, dahi kena jahit.

    ReplyDelete
  2. uwaaa sakitnyaaa huhu...odaijini ye wafi... betul2 jadi memori...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Yong,

    Ni satu 'Hari Ini Dalam Sejarah' seseorang remaja. Kalau tak bengkak, patah, benjol, berjahit, terkehel, terpeliok, bukan bebeudak namanya. Semoga cepat sembuh!

    ReplyDelete
  4. Assalam Nieda..tengok gambar pun acik dah terasa rasa sakitnya.

    ReplyDelete