20 April 2012

Majlis Bertandang diiringi Tarian Lembu


Terima kasih pada yang singgah  Kak Zai, Zefa, Amie, Gadis Bunga, Mulut Payau , Hanis yang jauh  di Jepun , Kak Halima (Moh Kembara) dan Karukord hari ini di enrtry Amplang.  Kesian Hanis ,  teringin pula  pembawa budak ni. 
Camno .. kat  Perak  tak ada pula Amplang.

Amplang ialah keropok  yang banyak dari Sabah. Kalau pergi Sabah tak bawa balik Amplang tak sah.

Nak sambung cerita tarian Lembu yang di war-warkan sebelum ni.  Kelibat manusia dalam gambar ini adalah pemain -pemain tarian lembu yang mengikut rombongan pengantin lelaki. Kebetulan semasa kami nak ke Vila malam kedua cerita DISINI , kami bertembung dengan mereka yang menuju rumah pengantin perempuan yang berdekatan lokasi vila yang kami sewa.


Pengikut yang ramai-ramai tu  , ada yang bertopeng. Yang jadi lembu tu berkelubung dengan kain hitam sambil pegang kepala lembu. Kalau kat Malaysia ala-ala Tarian Singa. Mereka ini dah tak ingat (macam orang main kuda kepang) . 

Aksi macam lembulah kalau tak mau jalan kena bedal dengan tali belati yang panjamg sampai 2 meter. Piap,piap bunyi tali tu. Saya pun tak berani nak dekat kut diri sendiri terkena tali sekali. Gerun juga. Orang Indonesia pun tak berani dok dekat inikan pula kita yang datang dari jauh.

Pengantin dan rombongan ada dibelakang sambil membawa hantaran dan bunga manggar. Bunga manggar yang mereka bawa macam kat Malaysia juga tapi ada digantung keropok -keropok Cikedis sekali. Untuk budak-budak kut.

Dah sampai rumah pengantin perempuan.


Orang yang ikut belakang pun ramai.

Lembu ni dah pengsan. Nampak tak kepala dah dok kat tanah. 
Mereka juga diiringi dengan kompang.
Di sini betul-betul depan rumah kami bermalam.

Tak berani buka pintu .

Tangan sapa tu?

Peluang melihat perarakan pengantin ini merupa satu bonus  bagi kami pada hari itu. Sebab ia hanya kebetulan dan tiba pada masa yang sesuai pula. Melihat budaya orang yang berbeza dengan kita merupa 
satu kenangan bermakna di tempat orang.


10 comments:

  1. sambil2 baca puaslah cri lembunya....rupanya bukan lembu betul ke.....hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh perjalanan banyak pengalaman...itulah yang kita perolehi kalau berjalan ke tempat orang. Lain padang lain rumputnya,lain tempat lain budayanya(entah betul entah tidak peribahasa yang kak Zai katakan).

      Delete
  2. wahh menarik pengalaman ni..bukan semua org berpeluang tgk kan.kalau akak tak sharekan cerita kat sini sampai bila pun saya masih tak tau budaya org ni.

    ReplyDelete
  3. salam nieda..memang pengalaman yang tak boleh dilupakan nieda.kalau dapat rakam video boleh lah share disini

    ReplyDelete
  4. pengalaman di tempat orang..

    ReplyDelete
  5. bertuahnya awak..! bukan senang nak dapat tengok budaya local kalau tak kene timenya kan~

    ReplyDelete
  6. Bertuahnya dapat tengok adat dan budaya org. Rezeki lah tu. Tak pernah dengar pasal budaya cam nih.

    ReplyDelete
  7. gambar pengantin ada x kak? hehe.. camne la rupa pakaian pengantin sana ye. :)

    ReplyDelete
  8. boleh ada tarian lembu ye kat sana ....huhuhuuuu

    ReplyDelete
  9. ooo curi -curi amik gambar ye :D

    salam kenal n follow sini

    dr
    http://afasz.blogspot.com

    ReplyDelete