Pagi tadi .... tak pagi juga dah pukul 10 dah baru sampai ke Imegresen Taiping. Tekan lift naik tingkat 1 , orang dah beratur sampai ke pintu. Tapi saya dah siap segala borang dan gambar. Tunggu nak ambil nombor giliran saja.
Dalam 30 minit beratur , saya dapat nombor 1182. Padahal di dinding dah ada memo nombor giliran 1121 hari ini akan dilayan selepas 2.45 petang. Maka bersedialah kena tunggu sampai ke petang.
Masa tu dalam 10. 45 pagi, kami pun terpaksa keluar dulu ronda-ronda kat Taiping sebelum 2.45 petang. Lepas ronda-ronda pun masih banyak masa lagi nak tunggu tambahan pula hari ni hari Jumaat cik abang nak solat Jumaat pula , langsung balik ke rumah.Minggu depan pula kut sekali lagi ke sana.
Kenapa orang ramai?
1.Mungkin musim cuti sekolah orang pakat ramai-ramai ambil masa ni nak buat pasport.
2. Dah tengahari baru nak pergi. Sepatutnya kalau nak buat sebelah pagi kena pergi awal-awal . Tunggu pejabat buka pun tak apa. Macam saya buat untuk anak-anak dulu. Pukul 7 dah bertolak dari rumah. masa sampai di sana pegawai pun baru nak masuk kerja.
3. Hari Jumaat pejabat terpaksa berhenti awal berbanding hari biasa untuk olat Jumaat dan masuk pun lewat.
4. Orang memang ramai nak ke luar negarai sebab cuti sekolah.
Musykil pula ?
Untung buat pasport 2 tahun atau 5 tahun.
2 tahun bayar RM 100 @ 5 tahun bayar RM 300. Tapi 6 bulan sebelum tarikh tamat dah tak boleh guna dah pasport tu.
assalam nieda..acik pun sama..suka keluar pagi2 biar kita menunggu tak pe
ReplyDeletebetul tu ....kena siap awal .
ReplyDeletepassport sy pun dah nak mati x lama lagi..hehe..
ReplyDelete