Akibat 4 destinasi di Delta Mekong dalam sehari , saya pun tak tahu betul ke tidak susunan gambarnya.
Mak belasah sajalah.
Berani juga Izzat anak teruna ku ini.
Di lokasi madu dan lebah.
Masa nak ke destinasi seterusnya depa tanya nak bergambar dengan sawa ni tak?
Apa lagi yang berani tak mahu lepaskan peluang.
Percuma tau.
Kak Shikin yang berani.
Tiba-tiba ular sawa tu bergerak....apa lagi menjeritlah kak Shikin ....geli katanya.
Shauqi duduk dengan abah atas faktor keselamatan.
Mak tak berani nak pegang dia.
Menuju ke tempat pembuatan madu. 5 beranak bersampan.
Tukang kayuh kat depan tu kurus badannya.
Jauh juga nak menuju ke tempat yang di tuju.
Tukang kayuh pun pandai berlakun . Sekejap-sekejap lap peluh.
Dalam perjalanan kami diingatkan memberi tip kepada mereka oleh rakan-rakan mereka semasa berselisih. Berkali-kali. Sampai di perhentian pun kena pesan lagi dengan member dia.
Haru sungguh.
Dengar cerita budaya bagi tip kepada mereka hanya diminta dari pelancong Malaysia saja.
Bila tengok pun rasa kesian bersusah payah dengan berpeluh bagai dan bawa kami yang lebih besar body dari badan mereka tapi bila asyik dipesan-pesan rasa meluat pula.
Setiap sampan group kami mesti depa minta tips.Kakak ni masa nak keluarkan duit (tak tahu sebenarnya nak bagi berapa perkepala atau kira satu perahu) , dia keluarkan RM 10 tak sempat kata apa disambarnya not 10 tu. Macam ikan sambar makanan.
Kalau nak bagi 1 dollar saja sebenarnya.
Air yang keruh tapi kaya dengan planton.
Dalam hutan nipah pun tempat tumpuan pelancong. Sesak dengan perahu.
Pastikan jari kita pegang besi di bahagian dalam perahu. Kalau pegang body perahu takut putus jari semasa kita berselisih dengan perahu orang lain.
Berperahu tadi nak ke sini.
Makan buah naga. Budak-budak ni buah ciku pun tak kenal.
Zaman mak kanak-kanak pokok ciku depan rumah.
Tapi ciku Mlaysia kecik saja. Ciku kat sini besar dan manis pula.
Makan bang jangan tak makan.
Dijamu makan buah-buahan ciku yang besar, buah naga , nanas, betik ,
rambutan dan disediakan asam cicah. serta teh.
Sambil makan sambil tengok depa nyanyi.
Ahi group lawatan kami.
Cikgu Malek ni dukung anak Vietnam pula.
Pintu keluar ke bot . Masa ni dah nak balik.
Di sini juga ada gerai jualan . Ada jual beg -beg Vietnam dan barang-barang cenderahati yang lain.
Berkenan warna merah kat situ, tapi minta 5 dollar tak dapat. Beg ini beli di Pasar Ben Tanh dapatlah 5 dollar. |
Dah penat dari dengar orang nyanyi-nyanyi tadi kami naik bot balik menuju ke tanah besar.
Diberi minum air kelapa muda sorang satu.
Gadis berbaju coklat ni pun mahir menggunakan DSLR .
Dia yang tukang petik kebanyakkan gambar dalam bot ini.
Dia juga yang tukang kopek kelapa untuk kami.
Mak tok dan Ain.
Nantikan sambungan catatan memori HCMC seterusnya di Cempaka Biru.
Jangan jemu ye.
pergi ikut pakej eh?
ReplyDeletemmg berani dorang tu pegang ular.. sy tengok je dah geli..
ReplyDeleteBest ni k.nieda...waiting for next entry!
ReplyDeleteAdehh..terliur tang mkn buah2 segar tu :)
oh ular?saya geli sgt ngan ular ;(
ReplyDeletetgk fear factor pun saya tutup mata