28 September 2016

GUA KELAM, PERLIS.

Assalamualaikum

Antara lokasi lawatan kami  ke Perlis , kami singgah ke Gua Kelam.
Pertama kali  sampai  ke sini, selalu ke  Kuala Perlis naik feri terus ke Langkawi.
Itu untungnya rombongan sekolah ini, tempat-tempat begini boleh sampai kalau dengan kereta sendiri satu dua tempat sahaja boleh pergi.

Rombongan kami ini dapat melawat lebih lima tempat walaupun lawatan hanya dalam sehari sahaja. Baguss! 


Cerita PERLIS 

Tahun depan ke mana pula kita ?

Pintu masuk ke Gua Kelam.
Wajib bergambar dulu.

Sungai untuk mandi-mandi -manda. Hari yang sama ada group sekolah /remaja yang mengadakan aktiviti di sini. Kurang pasti pula PLKN atau kolej . 

Terdapat wakaf untuk berehat atau berkelah


Sebelum masuk ke dalam gua, terdapat ramai orang berkelah bersama keluarga  tambahan pula hujung minggu. mandi manda di sungai di situ.Ada juga gerai-gerai menjual makanan dan baju bajan .
Surau dan tandas ada disediakan tapi malangnya surau macam tak berfungsi.



Tekstur batuan di dalamnya.
Berapa umurnya?
Mungkin ratusan tahun .

Pelawat akan melalui laluan yang selamat dan selesa dari hujung ke hujung kerana terdapat jambatan ini .Di bawahnya adalah aliran sungai yang mengalir . Terdengar deru air dari bawah dengan jelas. Sesekali kita akan ditimpa air yang menitik dari batuan  ke badan atau kepala kita.

Laluan tidak terlalu panjang seperti dalam Gua Tempurung di Ipoh. Semasa berjalan didalamnya kita akan terasa angin bertiup seperti berada di hadapan kipas angin, sejuk dan nyaman. Rupa-rupanya angin dari luar terus masuk ke dalam gua dari pintu gua di hujungnya.

Gua Tempurung lebih menguji ketahanan pelawat . 
Ada batuan yang tinggi perlu dilalui dan dipanjat dan bertingkat-tingkat. Terdapat juga lampu-lampu yang berwarna warni di pancarkan ke dinding gua dan ke arah objek yang terbentuk akibat tindak balas alam di dalam gua tersebut.  Di samping seorang pemandu gua yang ditugaskan untuk menerangkan maklumat Gua Tempurung kepada pelawat.


Laluan yang selamat dilalui.

Kolam yang terdapat di dalam gua.

Tiket masuk tidaklah mahal...malahan sangat murah.


Stalagtait jelas kelihatan di atas kepala.

Bergambar di hujung gua.
Shauqi ....mana Shauqi?

Rilex sat...


Tempek sekeping 

Tempek sekeping lagi.

Lagi...




Nanti update lagi.
Daaa....




17 comments:

  1. Pernah sekali ke sini... Lain kali kalau ke sini memang nak kena berendam...

    ReplyDelete
  2. Gua Tempurung pun teman tak pernah pergi lg..huhu..bestnya, pergi banyak tempat..

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaaa. Tak pernah lagi masuk gua..

    ReplyDelete
  4. Bebanyak negeri SS tak sampai sampai lagi Perlis! Sedihhhhhh!

    ReplyDelete
  5. da lama teringin nk g sini tp x smpi2 jg ;-)

    ReplyDelete
  6. Dlm gus kelam tu cerahkan 😝

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerah ...masih nampak jalan

      Delete
    2. waklaupun nama di kelam tapi tak kelam ...hehehhe

      Delete
  7. Mana lg best gua kelam or gua tempurung

    ReplyDelete
    Replies
    1. gua tempurung lebih adventure, lebih panjang dan luas

      Delete
  8. Sweet la kak nieda still young 😁

    ReplyDelete