24 September 2016

PERLIS INDERA KAYANGAN

Assalamualaikum

Nak blogkan perjalanan sehari  (24 /9 ) ke Negeri Perlis Indera Kayangan . Bertolak awal pagi sampai rumah tengah malam...hehhehe.  Rombongan sekolah sebenarnya , makan angin dengan budak-budak .
Si Shauqi asyik mneghitung hari , bila nak pi, bila nak pi.

 Bas bertolak pukul 3 pagi dari sekolah. 
Boleh pulak pagi nak bertolak  tu, lagi 10 minit bas nak bergerak mak baru jaga dari tidur . Itu pun mak tok yang kejutkan .Dia ingat dah keluar rumah...tengok-tengok bilik tidur pun bergelap lagi.
Inilah yang dikatakan peluh menitik dipagi hari ..

Melompat bangun, tak tahu nak pegang apa dulu. Masa tu juga ketua rombongan call.....alamak tak siap lagi weih! Sepatutnya  sampai ke sekolah dah  ...plan bertukar tunggu je bas depan rumah sebab bas akan lalu jalan sehala nak masuk ke highway. Legaaa.

Kejut  Shauqi ...budak tu mamai pulak .Nasib baik beg baju bekal dah siap. Baju nak pakai pun dah gantung tepi almari , tinggal nak sauk je.
Si Shauqi , boleh mandi tak kencing dulu .Punyalah nak cepat. Last-last masa tunggu bas sampai berlari balik rumah  nak kencing pula. 
Nasib baik sempat.Fuuh..

Lokasi lawatan kami 

Solat Subuh dan sarapan di Masjid Darul Aman
Masjid Darul Aman
Majid AlHussain Kuala Perlis
Muzium Kayang
Taman Ular dan Reptilia
Taman Herba
Makan Tengahari di Anjung Keli
Gua Kelam
Padang Besar


Meh layan gambar


Luar Masjid AL Hussain.


Masjid Al Hussain di atas  air laut .

Senibina yang cantik


Muzium Kota Kayang

Muzium Kayang




Masjid Al Hussain Kuala Perlis


Perkarangan Muzium Kayang

Taman Herba

Merasa Air Misai Kucing

Berkereta kuda di Taman Ular

Nak sentuh dan rasa juga - sawa albino

Sawa batik



Port gambar dengan motor spyder man

gerek lama

Layan 3D 

Gua Kelam


Pemandangan di dalam Gua Kelam



Seperti air mengalir.

Lunch di Anjung Keli 

Lokasi kami yang terakhir di Padang Besar  tapi sayangnya tak ada gambar la pula kali ini.
Satu pun tak ada...Boleh ?


Selalu pergi , suami akan ikut jalan Chuping , saujana memandang tanah kosong bekas tanaman tebu. Rombongan kali ini kami melalui  jalan Beseri.

Rasanya untuk tahun ini dah masuk 3,4 kali ke Padang Besar.
Bila ke UUM tengok anak terus lajak ke sana.

Tak teruja dah ka?
Lupa nak ambil gambar?
Tangan penuh barangan shopping?
Kena kawal murid?
Penat tawaf semua kedai dari atas ke bawah , bawah ke atas?

waaaa.....

Kliklah di pautan di bawah.








16 comments:

  1. Saya suka ke Perlis... sbb anak pun kat sana...

    ReplyDelete
  2. Saya suka ke Perlis... sbb anak pun kat sana...

    ReplyDelete
  3. banyak tempat boleh dilawati dan mencuba makanan di sana

    ReplyDelete
  4. boleh ke sempadan juga , dah dekat sangat

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Salam, kelakar kak citer hang kali ni. I can imagine. Baca entri ni rasa nak gi Perlis lagi sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila,sila ...tak payah bawa buku merah pun...hhehhe

      Delete
  8. "Si Shauqi , boleh mandi tak kencing dulu..." sampai sini saya gelak terbahak-bahak sorang-sorang Nieda.

    ReplyDelete
  9. banyak tempat menarik di Perlis...pernah jejak Arau je, itupun pegi masa kawan kawin..

    ReplyDelete
  10. Tiba kat gambo ular tu... Cecepat scroll... Iskkksssss... Tak tido malam kang...

    ReplyDelete
  11. byk tmpt2 menarik yaaa... berani betul pegang ular ;-)

    ReplyDelete
  12. Byk tempat best kat perlis ni , jom SS 😁

    ReplyDelete
  13. ramai gak yg fobia kat ular tuu., huhu2

    ReplyDelete