15 October 2016

Anjung Keli , Perlis.



Assalamualaikum.

Ini cerita semasa lawatan ke Perlis hujung bulan lepas bersama rombongan sekolah.
Kami tiba di sini sedang elok dalam pukul 12 tengahari gitu. Orang pun tak berapa ramai lagi . Meja kami telah direseved. makanan murid juga siap
 dipolisterinkan , tinggal , duduk dan makan .

Makanan untuk guru pengiring pilih sendiri ikut selera masing-masing. Sebelum turun bas, ketua rombongan dah bagi siap-siap sorang RM10 untuk cikgu-cikgi ni. Dalam hati wow ...macam banyak pula kos makan tengahari RM10 mesti ada baki....kih,kih,kih .
Last-last tak cukup kena tambah pula terlebih bajet.

Harga nasi saya makan hari tu RM 12.60 dengan teh ais.
Ambik kau  sebab rambang mato banyak sangat menu masakan yang ada di situ.
Kalau tengok ulam pun boleh sesat dalam daun ulam tau..
Itu tak masuk segala jenis sambal lagi.
Air asam, sambal belacan, tempoyak, budu,  sambal kicap ...macam-macam la.

Boleh  berdiri berjam-jam nak pilik lauk pun.



Barisan lauk pauk... kerabu tauge, kerabu pucuk paku, kerabu sotong.

Gulai lemak, kari, sayur lemak memang rasa cukup santannya.

Barisan ulam-ulaman  yang segar dan rebus .
Ulam yang tak pernah jumpa pun ada.

Kami makan di sini  .
Bila kami bangun , meja ini sekelip mata orang lain dah duduk.
Tetamu ramai datang dan pergi.
Tapi tak sesak sebab ruang makan yang luas.

Ruang makan terbahagi dua.
Di sini bahagian bawah .
Ruang makan di luar pun luas untuk para pengunjung menjamu selera.

Restoren ini besar dan sangat bersih.

Buah-buahan pencuci mulut.
Jagung rebus yang sangat mengoda  selera.


Parking kereta pun luas senang bas nak masuk.

Lokasi berhampiran dengan Maktab Perguruan Perlis , senang nak cari.

Anjung Keli ;
Medan Seri Pulai 
Jalan Bekor Pulai,
01000 Kangar ,
Perlis.



25 comments:

  1. wahhh, banyaknya makanan..")

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyakkk sampai tak tahu naka makan apa...

      Delete
  2. Agak mahal harga makanan kat Anjung Keli ni Nieda. Saya mula2 sampai Perlis time Ojet mendaftar di UiTM Perlis dulu mmg pergi makan kat situ setelah di sarankan oleh tokeh homestay yang saya sewa. 2nd time dan selepas2 itu bila ke Perlis saya tidak lagi pergi makan kat situ, Ojet dah tunjukkan satu gerai kat bandar Arau tu yang selalu di kunjungi oleh student UiTM. Jauh lebih murah dan sedap. Menu yang di hidangkan pun lebih kurang sama dengan yg ada di Anjung Keli. Dan saya paling suka cendawan goreng tepungnya. Garing. Tapi saya tak ingat nama gerai tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal pada pandangan saya sebab nasi campur ja. selalu makan rm4-5 , ini lebih RM10. sorang makan no hal kalau bawa dengan gerabak cam no tu.

      Delete
  3. Wah... banyak pilihan lauknya... tapi keli memang tak makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak lagi pilihan makanan En.Mie, jgn risau ...hehehe

      Delete
  4. selalunya kalau nak tahu murah atau mahal harga keadi tu, tengok siapa pelanggannya.kalau tumpuan pelajar mesti murah . kita pun boleh tumpang sekaki makan dis itu .
    apa namanya sweetie , cuba ingat2 balik .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, saya cuba tapi bukan saja tumpuan pelajar orang2 yang bekerja di sekitarnya juga Nieda. Tuan kedai pun peramah. Last saya ke sana Mei aritu, saya cari cendawan goreng tapi tak ada, so saya tanya tuan kedai, dia jawab tak ada bekalan skrg. Hari kedua esokya saya pi lagi makan kat situ, dan saya tengok ada cendawan goreng, tuan kedai usahakan keiinginan saya. Nanti saya google ya dapat nanti saya emailkan kat Nieda.

      Delete
    2. terima kasih sweetie..nanti kita kongsikan tempat makan best daan murah

      Delete
    3. terima kasih sweetie..nanti kita kongsikan tempat makan best daan murah

      Delete
  5. banyak betul lauk-pauk, ulam-ulaman..mmg rambang mata kalau macam ni..

    ReplyDelete
  6. ambil masa fikir tak tahu nak pilih makanan.semua nak rasa

    ReplyDelete
  7. buka laa branch kat KL ni nk pegi juga ;-)

    ReplyDelete
  8. wah banyaknyer pilihan makanan dan lauk pauk ulam bagai... mesti sedap...

    ReplyDelete
  9. lama dah tak jalan perlis tu...huhu...

    ReplyDelete
  10. Dalam Malaysia... saya tak pernah gi Perlis & Sarawak.

    Kedai mkn tu mcm NASI ULAN CIGU di kelate.
    Bangun dari kerusi je, terus org lain duduk.

    ReplyDelete
  11. saya suka ulam-ulaman. bikin ngiler saja Kak Nieda..

    ReplyDelete
  12. Ahaks lawak! Kalau bg JM rm10 tu dah mencukupi kalau sekali mkn rm12++ agak mahal harga mkanan tu. Ulam? Aduh kalau ada ulam boleh mkn nasi bertambah

    ReplyDelete
  13. Anjung keli? Ada jual ikan keli x

    ReplyDelete