Assalamualaikum.
Pagi sebelum bertolak balik ke Sadoa, kami sempat ronda-ronda Krabi town .
Kami ke Pasar Maharaj. Pasar ni boleh beli buah, dan sarapan terus di gerai halal dalam pasar.
Pintu utama Pasar Maharaj.
Pasar basah menjual ikan, udang , sotong , buah-buahan, beras siam, ....ehemm babi pun ada.Tapi di bangunan yang terasing bahagian belakang bangunan utama.
Nak buat macam mana , itu makanan penting orang sana ....huhu
Ini siput ke lokan ke apa namanya ...saiz sangatlah besar.
Ada kut macam saiz gengam budak kecil.
Rambang mata tengok makanan laut ni...
Kami lalu di gerai sotong...besar - besar. Geram la pulak. Udah awak tu memmang suka sea food maka beli juga setengah kilo untuk masak dalam bilik. Almaklumlah periuk noxxa pun bawa melancong...hahaha.
Tengok sotong dia besar dan segar...sekilo dalam 120 baht je..
Kita pilih nak banyak mana dan letak dalam raga biru , kemudian dia tolong cuci dan bersihkan.
Senang banyak la....
Kerang-kerangan.
Yang ni pun buat orang tergila bayang .
Punya la besar.
Sebenarnya , kami isi perut dulu sebelum ronda dalam pasar ni. Bagi kenyang baru seronok jalan-jalan. Ada pelbagai nasi dijual, nasi kerabu, nasi berlauk , nasi ayam, nasi goreng dan macam -macam jenis lagi nasi. NAsi putih pun ada , tinggal nak pilih lauk ikut selera amsing-masing sahaja pun boleh. Nasi yang siap berpaking 40 bath satu.
Air ..pilih-pilih . Memang kaw air teh dia.
Breakfast time.
Teh dia memang terangkat . Tapi gelas kecil je pun 20 baht ya...
Roti canai dan teh panas memang kena sangat la.
Pilih ikut selera...40 baht satu .
Singgah juga beli beras dan pulut siam.
Memang jenuh la membeli geng kami beli bawa balik.
Gerai ikan bilis, udang kering, belacan.
Pun membeli juga bawa balik.
Green Hotel , hotel yang kami menginap tahun lepas.
Datang kali ini namapak bunga bergantung di luar koridor hotel. Dulu kosong je,,
Hotel ni dekat dengan Pasar Maharaj. Dulu kami jalan kaki ke Pasar dari hotel.
Menarik kan pokok ni ?
Sorang kakak dalam group kami ni, peminat bunga. Wajib singgah kalau ke sini.
Sekuntum 15 baht . Sekali ranting-ranting dia dapat yang dipotong pendek-pendek oleh mak cik kedai).Suka la dia ,balik boleh cucuk-cucuk tanam balik.
Kalau ke Krabi town boleh la singgah di pasar ni...beli buah yang murah macam anggor yang boleh dapat dalam 8 ringgit sekilo. Buah yang besar memang puas hati makan.
Kami bertolak balik dalam pukul 10-11 pagi juga....sebab masih ada semalam lagi menginap di Sadoa.
Dalam perjalanan singgah beli nanas madu pulak...
pantang nampak ada yang teringin.
Boleh kupas dan letak asam makan dalam kereta..
Sebelum pagi-pagi esok nun baru nak melintas sempadan .
Menginap di Sadoa dulu
Baca di sini Krabi tahun lepas .
Wow...ikut jalan darat ye..best la kalau mcm ni..SA just x de geng je nak pi
ReplyDeletejalan darat...tengok view dari darat pula.
DeleteJeles pulak baca cikgu berkali2 pi krabi.. makchaq sekali pun x sampai lagi.
ReplyDeleteBestnya market depa.. semua nampak fresh.. rebuih saja pun sedap..
Makchaq kalau pi thailand memang happy la.. x dak masalah makan.. memang suka makanan depa yg pedas masam masin..
rebus ja sotong tu...nak masak yg lain tak cukup bahan .
Deletemakanan depa kan sama dgn resepi kelantan...tak heran dah kalau jumpa nasi kerabu ....senang cari makan halal di sana
DeleteWsh ni teip ke berapa kali ye..nekcik ni x lepas lagi nak ke sana..mcm bsst jer ye..boleh masak
ReplyDeleterezeki ke siam je berulang2 nekcik...mcm nekcik pula asyik baik kampung ke korea pula
DeleteAssalamulaikum Nieda,
ReplyDeleteTerima kasih sebab singgak kat blog saya.
Boleh beri tau tak blog mana yang kamu baca cerita serupa macam yang saya tulis tu. Neida kat pernah baca setupa. Tolong beri tau, please. Saya Nak tengok samada dia copy saya punya atau tidak. Please Nieda. I need your favor.
Thank u. Saya benar2 mintak tolong ni.
walaikussalam
Deletesaya terbaca dlm fb dulu..lama dah .tak ingat dari sapa...rasanya hanya kisah tauladan
sama2
DeleteMacam jauh lebih murah barang2 kat sana banding tempat kita... Beli sotong siap boleh siang lagi...
ReplyDeletesetuju..kalau ke luar negara jumpa barang murah memang membeli
Deletememang surga makanan kan.
ReplyDeletemacam indonesia.
makanan dia tak lari jauh dgn menu di malaysia.sedap lah makan
DeleteTeringin pulak nak pergi... melancong mcm nilah best Nieda... boleh masak2 dan jalan merata2 sampai masuk dlm pasar. Dulu saya pergi Krabi dgn cruise tak puas sebab singkat sangat masa yang di beri untuk berjalan-jalan di daratan.
ReplyDeletebetul sweetie, berkereta boleh enjoy pemandangan sekeliling.
Deleteberjalan pun tanpa had masa , ikut suka nak lama mana di satu2 tempat.
sronoknye tgk seafood tu semua....siap siang, lg best....cantik la bunga tu....
ReplyDeleteyup, saiz besar
Deleteya ita..bunga cameron highland dtgnya
Deletebanyaknya membeli....
ReplyDeletemurah..boleh lah memborong. ..hehe
DeleteRoti canai nampak menyelerakan.. kena dengan teh panas kaw2 punya..
ReplyDeleteroti canai malaysia lagi best. kurang sikit tang kuah dia..tapi di tempat org makan ja la
Deleteawat besar sgt sotong tuuuu...grrrr rs nk geget je hehehe
ReplyDeletesotong besar2 .mmg tergoda la akak
Deletewahh..bawa periuk noxxa,mmg best memasak dlm bilik hotel..
ReplyDeletebawa, kita main masak2
DeleteEhh dah komen panjang publish x masuk plak
ReplyDeleteMurah betul sotong tu kalau kat msia jgn mimpi nk dpt harga tu kurang kurang rm25 sekilo..wow bwk periuk noxxa..untung laaa drive ke sana
ReplyDeletegara2 ringgit kita jatuh...tapi x juga masa tara mana pun
DeleteAdoiii..tak tahan tengok seafood yg fresh dan besar2 macam tu...sedapnyaaaa klau buat shell out hihihi
ReplyDeletesiput ke kerang ke, sy x boleh beza :'p tp sotong tu my favorite <3 roti canai, sekeping x cukup untuk sy XD
ReplyDelete