31 March 2017

Masjid Terapung Jeddah

Assalamualaikum

Lama tak menulis , tepu idea nak mengarang ....huhu.

Masa pun cepat sangat berlalu....esok dah 1 April. Tiga Bulan pertama  berlalu tanpa boleh ditahan-tahan. hujung-hujung nanti tenok bulan berganti tahun , kita duduk tang tu juga. Alahai...

Mai tengok gambar -gambar kenangan  semasa umrah Disember 2016 yag tak habis-habis lagi ni.
Kami singgah sebentar di Masjid Terapung dalam perjalan ke Jeddah. 

Memula mutawif kata  kita solat asar  di sini...tapi akhirnya terlebih masa dengan bergambar , makan-makan, bersantai-santai tal lama kemudian dah maghrib. Bersama ahli rombongan yang ramai , dengan tiga buah bas , bersesak di bilik air dengan jemaah dari negara-negara lain agak mengambil masa. Namun , ustaz kata kita  ada masa lagi...tak perlu terkejar-kejar jadi gunakan peluang yang ada.

Kelihatan ufuk bertukar warna ...cantik. Masyarakat Arab pun ramai beriadah bersama keluarga di sini. Ada yang makan dan berkelah ramai-ramai dengan keluarga. 

Jeddah dari pandangan dari Masjid Terapung

Terpikat pula dengan si kuning kereta pak arab ni...
 
Tiga sekawan berumrah bersama. Kawan dari sekolah menengah .
Sebenarnya berempat , seorang lagi kawan menjaga mertua  yang berkerusi roda tak dapatlah nak bersama selalu.

Jubah  belang menjadi trend di Tanah Arab.




Tiga beranak kami
mak, abah dan Aiman Wafi

Di tepi laut, angin segar bertiup ...nyaman sekali


Ketika baru sampai ...masih cerah

Abadikan sekeping

Cantiknya kejadiaan  di depan mata


Ramai beridah di sini bersama keluarga


Langit mula bertukar warna


Semakin hilang cahaya.



Selepas maghrib kami pun bergerak ke  Airport Jeddah . Masa semakin ke penghubung untuk meninggalkan bumi Arab ini. semoga ada kesempatan lagi  dan rezeki untuk hadir di sini.. Murahkanlah rezeki  YA ALLAH.




22 comments:

  1. Buat umrah ada la peluang nak ziarah kan.. selain beribadah dapat tengok tempat orang..
    Dapat tengok gambar pun seronok..

    ReplyDelete
  2. sambil.menyelam minum air,makchaq.
    La ni ,ada lawatan ke Thaif pula..tmpt sejuk ala cameron highland

    ReplyDelete
  3. Masyallahh.. indah ciptaan allah..semoga dipanggil ke sana nnt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah ..suatu hari kak yan dijemput ke sana.yg pergi ini pun masih merindu

      Delete
  4. cantikkk view nyer... gmbr bahagian dlm masjid kak?

    ReplyDelete
  5. x ada...... lami yg perempian solat di bahagian terbuka.belakang masjid........pak imam mengalu-alukan jemaah dari malaysia sebelum memulakan solat maghrib tu. agaknya ustaz dah nersembang dgn dia kut .... 3 buah bas jemaahnya dari malysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe nnt g lagi boleh snpa byk2 utk tatapan kami ;-)

      Delete
  6. Rindu menggamit muga ada rezeki utk diulangi lagi dan lagi
    Rezeki nekcik dan anak kami di bawa ziarah dan bermalam di madain salleh..alhamdulilah tahun 2009

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesungguhnya rindu utk ke sana...semoga ada rezeki kita ke sana lagi

      Delete
  7. Replies
    1. menjamu mata di tepian laut sementara menunggu waktu azan ke udara

      Delete
  8. Masjid terapung tu.... Rupa parasnya ada skit mcm kat kelantan...

    ReplyDelete
  9. Harap-harap suatu hari nanti saya juga akan sampai ke tempat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah semoga kita menjadi tetamu ALLAH

      Delete
  10. terkenang masa gi umrah..waktu senja juga di sini..cantik jubah belang..

    ReplyDelete
  11. semoga sy diberi peluang utk menjejakkan kaki ke sana, ameeen :')

    ReplyDelete
  12. Gambar kat atas tu, mengimbau kenangan saya juga.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulilah...selamat sudah

    ReplyDelete