assalamualaikum.
Kredit : FB Mee Tarik WarisaN
Terasa nak makan mee tarik . Mee tarik yang dibuat dengan tangan menjadi urat-uart mee, Mee yang asalnya hanya boleh didapati di Negeri China dan kini boleh dinikmati di Malaysia. Salah satunya di Mydin Meru, Ipoh.
Berulangkali lalu di hadapan Mydin Meru untuk ke Seri Iskandar , tak pernah sekali pun singgah. Anak pun dah masuk Tahun kedua belajar di sana. Semalam kami lalu lagi menghala ke Seri Iskandar , dan kami singgah selepas selesai urusan menghantar anak ke asrama.
Buku menu.
Kedai Mee Tarik Warisan ini terletak di dalam bangunan Mydin . Bukan di bahagian luar yang banyak food outlets. Senang saja nak cari, masuk ke dalam bangunan dan ia berada di lot yang berhadapan dengan pentas . Semalam sempena Hari Ibu ada pertandingan menghias kek dan aktiviti kanak-kanak di adakan. Meriahlah dengan orang ramai.
Dalam kedai mee pun boleh tahan juga pelanggan.
Maklumlah cuti hujung minggu .
Lokasi cawangan kedai mee tarik seluruh Malaysia
Rupa-rupanya dah banyak cawangan kedai meem tarik ini.
Di Kuala Lumpur sahaja dah ada 15 cawangan .
Perak 1- Merulah tu.
Terengganu dah 2 , Kelantan , Johor, Melaka dan Pahang masing-masing 1 cawangan dan Kedah pula dah ada 2 cawangan .
Anda boleh ke website Mee Tarik dengan klik http://www.meetarik.com/
Kami berempat meminta empat hidangan berbeza. Tiga darinya adalah dari menu mee.....dah tentulah saya nak merasa keistimewaan mee tarik ni kan?
Tapi suami saya memesan nasi putih dengan lauk daging.
Lamen soup with vege
Aiman punya
RM 8.80
Lamen soup with sliced beef , saya punya .
RM 9,80
Rice with fungus and meat
RM 12.80
Shauqi minta Fried lamen with beef
RM 11.80
Nampak banyakkan....tapi dia suka pula ...80 peratus selamat masuk perut.
Banyak juga dia makan , tinggal sikit-sikit abang Aiman tolong habiskan.
Licin
Mee- mee soup
Lagi..rice pun ada
Untuk yang suka pedas...wajib tambah cili.
Setiap meja diberi sebekas cili .
Jasmine tea.
Rm 2.30
Total makanan kami RM 62.30 termasuk satu lamen bawa balik rumah.
Menariknya , kita boleh melihat cara mereka membuat lamen ini di sini secara langsung.
Satu pengalaman baru untuk melihat budaya orang China memproses makanan ruji mereka tanpa menggunakan mesin. Tak perlu terbang jauh di Meru pun boleh ...
Ya Allah sedapnyeeeeeeeeeee.. dah laa e'in tengah lapar nie.. huhu
ReplyDeletekesian....pi cari mee cepat
DeleteShauqi!! Abis ke tu bak sini kongsi dgn auntie JM
ReplyDeletehabis auntie JM ....lepas mkan kena cari tandas la budak tu
DeleteYang Shauqi punya nampak sedap dan banyak.
ReplyDeletemenarik sbb warna merah...yg sup2 warnanya putih ceroi .tapi keduanya menyelerakan.
Deleteterliuq malam2 ni...huhu..
ReplyDeletealahai..kesiannya .
Deletesedapnya...harga pun tak lah mahal sangat kan kak...
ReplyDeletekuantiti pun banyak ..padan dgn harganya
DeleteNak try yg kat johor laa...
ReplyDeletekat johor pun ada...kalau ada sambal kicap algi terangkat
Deleteallahu temptingnya tgk lamen tu...macam banyak je sepinggan tuh..berbaloi!
ReplyDeletemula2 bc sy ingat teh tarik hahaahahah terus skrol cr gmbr teh tarik
ReplyDeleteselalu jugak lalu kedai mee tarik ni tapi belum berkesempatan mencubanya...sebab rombongan nekcik ni..tekak selera melayu ..ngan omputih..nekcik jer suka cecuba...
ReplyDeleteBunda pernah g makan kat cawangan Bangi..
ReplyDeletesinggah hari selasa.. :)
ReplyDeletesedapnyaaa best.. kalo rindu China mmg sinilah jawapnya..
ReplyDeleteKadang2 saya lalu juga situ bila ke kuala selangir. Tapi tak tau tu. Mungkin kalau lalu lagi saya singgah.
ReplyDeleteTerima kasih.
Macam sedap ajer mee tarik ni =)
ReplyDelete