Assalamualaikum.
Kami bertiga ke Sabah Negeri di Bawah Bayu hujung minggu yang lalu dari 19-22 Mei 2017.
Melawat anak, Alia yang berada di sana . Kata nak tengok anak, tapi mak yang lebih nak makan angin. 2 in 1 lah lebih kurang.
Terbang mencari Alia.
Awan berkepul -kepul.
Kali ini dapat seat tepi tingkap. Tak berebut dengan anaki.-anak seperti selalu.
Kami terbang bertiga sahaja bersama si bungsu Shauqi.
Terbang petang pukul 4.40 petang ke Kota Kinabalu.
Memula terbang amsih cerah dah tiba di sana dah malam .
Matahari awal di sini, malam pun cepat berganti.
Senyuman menawan dapat naik kapal terbang.
"Lama la adik tak naik kapal terbang" .
Cari di mana budak kecik Shauqi...
Kami naik teksi airport ke hotel dengan bayaran RM 30.
Memula naik teksi , terasa macam di Indonesia pula bila driver bercakap.
Tapi servis bagus bah!
Kami dihiburkan dengan lagu Inggeris 80an.
Esok pagi baru Alia datang jemput untuk perjalanan ke Keningau dan akan bermalam di sana.
Kami sampai di KK dah malam , selepas simpan bag kami keluar makan malam sekejap dan terus balik bilik tidur , badan dah penat kan.
Aktiviti pertama di hari kedua kami sampai di KK, kami akan bergerak ke Keningau . Bermalam di sana semalam sebelum bertolak balik ke KK semula.
Perjalanan dari KK - Kundasang - Ranau -Keningau pun bermula .
Sambil melawat bapa saudara yang berada di Keningau.
Namun pagi tu ada drama sikit, kereta sewa kami tak dapat dihidupkan. Mood dah down sebab nak kejar masa nak tengok Kinabalu. Selepas pukul 11 pagi alamatnya nampak kabus je la.
Driver pergi beli minyak.
Isi minyak.
Ingat minyak habis . Selepas pergi beli minyak (nasib dekat) tak mahu hidup juga. Mesti masalah bateri . Call onwner kereta (orang Terengganu yang study satu universiti dengan Alia) datang bawa jumper. Nasib baik selepas tu kereta tak ada masalah. Lega rasa hati.
Abah dah lepas tanggungjawab kepada anak, pergi balik Alia yang memandu.
Abah dah boleh rehat di sebelah . Mencabar juga memandu di Sabah terutama antara Ranau ke Keningau . Jalan tak berapa elok dan berbukit bukau.
Alia pun tak percaya dia berjaya memandu sejauh itu.
Sepanjang jalan ke Keningau yang bagusnya semua tempat yang nak singgah adalah sehala.
Kami singgah di Rumah Terbalik, Nabalu, Kundasang , Jambatan Tamparuli, Kundasang, dan Desa Castle Dairy Farm,
Dalam perjalanan , lokasi Rumah Terbalik yanga kami singgah.
Kami berdua saja yang turun sekadar nak bergambar sebagai kenangan tanda dah sampai.
Abah dan Alia menunggu dapam kereta.
Bayaran kami berdua ialah RM 15.90. Kanak-kanak RM 5.30.
Kami tak masuk ke Muzium 3D. Bayaran lebih RM 31 jika masuk kedua-duanya.
Carta bayaran.
Jangan ingat tak ada orang. Kiri kanan , depan belakang penuh dengan pelawat. Macam tunggu giliran bergambar di Tangkuban Perahu pula rasanya.
Model mak .
Model mak beraksi.
Kereta Terbalik.
Antara yang terbalik.
Berdua lagi.
Tandas pun terbalik.
Aksi lagi .
Rupanya Kancil ini ada dot dot .
Dipintu masuk kita akan diminta mengambil gambar kenangan dengan jurufoto mereka.
Gambar akan di letakkan di pintu keluar . Harga gambar bermula dengan RM 30 dan pakej dengan cover semua sekali RM 50.
Masa kami keluar gambar kami tak ada lagi, kami hanya semata -mata bergambar dibahgian luar rumah terbalik , Muzium 3 D tak masuk sebab nak cepat. Meneganngkan 2 orang lagi menunggu di dalam kereta.
Selamat ...terus ke kereta cepat-cepat.
Kredit kepada pekerjanya yang menolong mengambil gambar kami berdua.
* bersambung
Teringin jugak nak pi KK, tapi la ni malas sungguh nak berjalan, sejak pencen kemaruk berul duduk rumah.... kalau boleh x nak ke mana pun...
ReplyDeletesesekali makchaq tukar angin apa salahnya
DeleteWah da ke negeri di bawah bayu Nieda ye..tinggal lak krabi ye
ReplyDeleteSeronok gi Sabah ni Nieda..bnyak tempat
Yg menarik kan..tapi paling best dpt masuk pasar ikan..murah fresh
sekilo ikan sardin rm2 je...seafood pun murah. tapi x membeli kami duduk hotel biasa ja.
ReplyDeleteteringat ms g sini... cuaca panas giler... tp smpi kundasang wallaaaa sejukkkknyaaaa
ReplyDeletebawa kereta buka cermin tingkap...wah sejuk dari aircond.allah bagi udara yg terbaik.utk hambaNya
DeleteMakcik tak pernah sampai sini lagi
ReplyDeletemck boleh pi ...saja tak mau pi
DeleteNieda, bukan Alia ni dulu belajar kat UUM ke?...
ReplyDeletealia.student uum.lagi..tapi dia sekarang di bawah program mobility pelajar uum-ums. semester depan akan balik belajar di.uum semula. belajar sambil melihat negeri org
Deletebestnye !! saya tunggu #duanur besar sikit baru nak singgah.. hee~ tu pun kalau ade rezeki dari segi umur / masa / tenaga..
ReplyDeleteKereta sewa buat tu yg spoil
ReplyDeleteyes...nasib baik lpas tu ok.sampai ke keningau dgn selamat
DeleteAlia kat unimas ke kak
ReplyDeleteya...satu semester je.pertukaran pelajar.
Deleteya...satu semester je.pertukaran pelajar.
DeleteSerba Serbi terbalik ni.. hahaa
ReplyDeleteBestnya.. gambar pun cantik2 semua. Mesti puas hati Kan jenjalan kk
ReplyDeleteRindu pula zaman zaman study kay sabah....hihi
ReplyDeleteadoi kereta janganla buat hal time2 gituuu.. tak nak idup plak dia syukur semua okay alhamdulillah..
ReplyDeleteSi shauqi jadi orang minyak kat gambo tu... ha ha ha...
ReplyDeleteKali pertama ke KK... dari airport ke kaki bukit... drive sendiri... berdua dgn HH... sampai skrg mcm x caya... boleh jejak sana tanpa gps... betul2 redah ikut signboard... he he he...
ReplyDelete