Assalamualaikum.
Mari bercerita tentang pengalaman haji yang baru selesai tahun ini.
Catatan memori haji sebagai kenangan di sini. Kerja haji katanya hanya sekali seumur hidup .
Jika dijemput lagi itu adalah rezeki. Alhamdullillah. Namun , tak semua yang dapat rezeki macam tu .
Selama 43 ahri di Tanah suci adalah pengalaman manis sepanjang hidup.
Syukur dalam usia yang masih mampu melakukan semua sendiri ,
Bertawaf dan Saei , melontar di Jamrah dan berulang alik ke masjid waktu-waktu solat wajibnya.
Seminggu sebelum puasa , kami mendapat berita gembira ini dari pihak Tabung Haji. Dah petang waktu itu , dah lepas waktu pejabat. Gembiranya rasa dihati , penantian 10 tahun selepas mendaftar haji dulu baru dijemput llahi sebagai tetamuNya.
Alhamdullillah ...syukur.
Penerbangan kami antara yang terakhir , KT 29 . Berlepas dari Movenpick Tabung Haji Center Sepang dengan diiringi dengan polis trafik dengan 11 buah bas ( terasa macam VVIP ). Semua kereta memberi laluan kepada jemaah haji . Kami bertolak selepas solat maghrib terus ke KLIA .
Kami terus di bawa ke ruang khas untuk boading.
Penerbangan kami dengan Flynas dengan 500 orang jemaah akan terus ke Mekah. .
Balik nanti melalui Madinah pula.
Kami sampai awal pagi di Lapangan Jeddah . Segalanya lancar. Bas-bas telah ada sesampai kami di sana untuk dibawa ke hotel.
Kami ditempatkan di Qasar Janadriyah berdekatan dengan Abraj Hotel ( Pusat Operasi Tabung
Haji ).
Berdoalah banyak-banyak mendapat kawan sebilik yang boleh bertolak ansur , hotel yang selesa dan diberi kesihatan yang baik semasa di sana.
Saya ditempatkan sebilik berlima dan bilik suami pun sama . Bilik kami suami isteri diletakkan bertentangan pintu. Bukan kami saja , semua bilik pasangan suami isteri berdekatan. Mudah nak ke masjid , makan bersama dan lain-lain hal.
Mari bercerita dengan gambar di bawah.
Susunan tidak menurut urutan.
Mask itu wajib.
Bumbung masjid Nabawi terbuka.
Bila berada lama , di sini barulah tahu rupanya ada waktu yang dibuka pada sekian-sekian masa.
Ketika gambar ini diambil , waktunya ialah semasa waktu Dhuha .
Kami pun tertunggu-tunggu seusai soalt Dhuha nak tengok langit dari dalam masjid bila bumbung terbuka perlahan-lahan. Sementara di luar masjid Nabawi pula waktu yang sama payung juga dibuka serentak.
Ramai yang mengambil kesempatan merakam gambar payung sedang terbuka.
Itulah kesan teknologi.
Kelihatan istana sebelah kiri di tepi Masjidil Haram.
Kwasan masjid masih dalam pembinaan, Terus bertambah besar.
Tapi yang herannya tak dengar pun bunyi bising seperti ditapak pembinaan yang lain.
Hanya nampak pekerja keluar masuk sahaja ke sana.
Ini laluan saya berulang alik setiap hari dari hotel ke Masjidil Haram.
Melalui di bawah jalan besar di atasnya,
Di bawah jalan ini juga menjadi tempat solat bagi yang tidak sempat masuk ke masjid setiap solat waktu wajib.
Di awal-awal musim haji , penuh lautan umat manusia berbondong-bondong keluar dari masjid. Ramainya ....manusia dari pelbagai negara seluruh dunia.
Ini juga laluan dari jambatan besar di atas ke hotel kami Qasar Janadriyah.
Setiap kali pergi dan balik ke masjid berjalan kaki 650 meter. Katanya hotel yang terdekat ke masjid
( Muasassah) . Boleh singgah membeli jus pekat dan kebab di situ atau singgah mengambil sedekah nasi arab setiap kali waktu zuhur dan Isyak. Ada pak Arab kaya bersedekah. Kalau nasib baik selepas Subuh pun ada diberi air mineral dan roti seorang dua ketul. Rezeki sungguh di sini.
Kedai emas yang tiada pengawal.
Menjadi tumpuan selepas waktu solat . Penuh la semua kedai orang membeli belah.
Balik dari umrah , singgah beli tembikai manis .
Semua saiz 5 Riyal. Bukan saja tembikai , anggur , plum, aprikot semua segar dan baru.
Layan anak tekak sungguh. Kiranya peti sejuk dalam bilik hotel ada saja stok buah-buahan dari semua ahli bilik.
Merpati Siti Khadijah.
Dataran Masjidil Haram.
Sedapnya bau pencuci lantai dia.........
Ini pula gambar hotel kami di Madinah. Rezeki menginap di Movenpick . Keluar pintu hotel
terus masuk pintu 15 Masjid Nabawi. Dekat ya amat....5 bintang pula tu.
Di sini kami berempat pula. Bilik kecil berbanding dengan bilik katil berlima .
Seorang ahli bilik berpindah ke bilik lain . Tapi bila ke masjid dia tetap datang ke bilik kami untuk pergi sekali. Dah mesra dan rapat. Alhamdullillah teman sebilik baik antara satu sama lain.
Selesa la 5 bintang .
Asyik bertemu dengan pilot dan crew kapal terbang dalam lift.
Meja
Tak dan nak masak...buat air je.
Lagi sekali ...nampak awan.
Dari bilik kami di Madinah
Lagi
Waktu Dhuha bumbung pun dibuka.
Waktu malam pun ada di buka dalam 12 malam.
Balik Raudah , ternampak bumbung ternganga. Tapi malam ...gelap tak nampak apa .
Nanti sambung lagi.
No comments:
Post a Comment