Assalamualaikum.
Bersiaran dari bilik 3808 Hotel Thu Lhind atau nama baru Hotel Golden Hanoi berselang pintu dengan Hanoi Sky Blue.
Tapi untungnya hotel yang Golden ini ada lift berbanding Sky Blue Hotel yang kena naik tangga.
Dari airport kami dijemput dengan van terus ke hotel dengan bayaran 30 usd.
Kqmi semua seramai 13 orĂ ng termasuk 2 orang kanak-kanak dengan 3 keluarga.
Pemandu duduk di sebelah kiri membuatkan orang keliru sebab di tempat kita pemandu di sebelah kanan.
Hampir 50 minit juga perjalanan ke hotel dari airport.
Bila keluar dari tempat bagasi pemandu siap mwnunggu dwngan tag nama Alia orang tukang booking tiket foight , hotel dan mengurukqn serba serbi. Mak ayah tak buat dah semua tu bagi kat anak uruskan pula.
Motorsikal tak asing di Hanoi dengan topi keledar ala kura-kura.
Pemandangan dari bilik saya , ada balkoni.
Yey ...boleh jemur baju.
Di bawah ada 2 kedai runcit tempat kami membeli air minuman.
Dalam bilik disediakan minuman dan biskut ( yang dalam raga). Yang lain bawa sendiri.
Bilik kami diup gradekan dengan tambah duit .
Ingatkan boleh masukkan kanak-kanak sekali dalam bilik standart rupanya nan hado.
Katanya , hotel ini ditambah kemudahan yang baru sebab bertukar pengurusan.
Ada disediakan peralatan mandi tapi semua dah masuk beg . Pakai yang bawa sendiri sajalah.
Masa sampai oami diberi welcoming drink dan buah pisang di lobby sementara bilik disiapkan.
Lepas masuk bilik berehat kami keluar cari makan pula sebab ada yang tak makan lagi. Ye la , flight pukul 7 pagi dari Penang terus ke Hanoi.
Walaupun kami ambil makanan di atas awan tadi, mesti ada yang kelaparan kan?
Ke Masjid Al Noor lah mencari halal food.
Pintu utama masjid Al Noor.
Selalu tengok di dalam blog tapi kini dah menjejakkan kaki.
Rupanya dekat saja Masjid Al Noor ini dengan hotel kami. Tak sia-sia booking di sini semua lokasi berdekatan.
Shauqi dan Murshid.
Pintu masuk kedai Zainab halal food.
14 Ogos 2019.
Hanoi.
No comments:
Post a Comment