26 August 2019

Kedai Halal Zynab di Hanoi ( Masjid Al Noor)




Assalamualaikum.

Kami terbang ke Hanoi dalam cuti raya haji baru-baru ini 14-1 8 Ogos 2019.  
Penerbangan dari lpangan terbang Pulau Pinang menyebabkan percutian kami mengambil masa yang agak panjang , sebabnya penerbangan dari Pulau Pinang berselang sehari . Lepas tu, tukang booking tiket cakap kena pilih hari yang murah kallau nak balik.

Namun, bila berada di sana , setiap hari ada aktiviti yang disusun macam berbaloi juga 5 hari 4 malam tersebut.

Kami sampai pagi  selepas 3 jam dalam pernerbangan . 7.10 pagi dah terbang,  Kali ini kami oorder  makanan awal untuk 13 ahli rombongan dengan pelbagai menu nasi. Ada nasi lelmak pak Nasir, Nasi beriani , Nasi Terayaki dan kopi panas. Punya takut tak dapat makan  masa di Vietnam nanti.
Jadi turun kapal perut dah kenyang , tak kalut sangat nak makan.
Wowow ...sarapan pagi di awan biru.
Surga!



Kami dah ditunggu dengan van yang siap dibooking dari hotel dengan  30 USD bayaran. 
Terus ke hotel la kami....Thu Lihn Hotel . 
Samapai di sana , rupanya kena tambah bayaran sebab ikut kepala pula..

Bilik siap , kami pun masuk bilik berehat sebelum keluar semula cari nasi.
Kami ke Masjid Al- Noor  dengan berjalan kaki saja. 
Uuntungnya hotel ini dekat dengan semua lokasi penting.
Night market,  restoren Zaynab sebelah masjid Al Noor, jalan keretapi yang viral tu, 
Dong Juan pun dekat.
Kami jalan kaki saja ke semua tempat tu.

Jom cari kedai makan makan halal.
Kami ke Masjid Alnoor.
Dalam perjalanan jumpa kedai bunga plastik pula.
Wah ....murah! 
  Beli 5 tangkai  bunga orkid  bawa balik.



Dah jumpa Al Noor  masjid.
Memula tu tak sangka dah  sampai...sebab Hanoi ini penuh dengan pokok -pokok besar depan kedai. Terlindung pandangan. 
Tak sampai 5 minit berjalan kaki dari hotel dah jumpa kedai.



Pintu masuk kedai  makan Zynab ini bersebelahan masjid.
Bilik kecil dalam 4,5 meja  sahaja.
Masa kami sampai , ada sekumpulan orang Malaysia yang baru selesai makan. . Mereka nak ke Sapa keesokkannya pula.
Mereka ini yang memberi tahu ada kedai makan halal Indonesia  kepada kami.



Pintu masuk.

Ahli rombongan kami.
Menunggu hidangan  ...disuruh tunggu 45 minit .



Sementara menunggu makanan sampai kami ke masjid bersolat Tahuyatul Masjid dulu.


Kata Imam MAsjid hanya ada 120 orang muslim di Hanoi.


Lampu


Tabung imfak.

Menu




Spring roll.
Dalam RM5 rasanya


Ini yang sampai dulu.



Hampir RM20
Tapi banyak, boleh kongsi berdua.



Kongsi  2 beranak.


Kopi  O.




Penyeri 2 orang ni.







Waktu solat masa kami di sana.


Dah kenyang perut kami pun meronda kedai ke kedai sebelum balik ke hotel..
Ada yang singgah beli tshirt anak, tengok kasut-kasut sport Adidas , Nike dan seangkatannya...dan saya  semapt ke jalan keretapi yang diwar-warkan. Nasib baik jumpa juga  akhirnya.



14 /8/2019



No comments:

Post a Comment