28 September 2019

Penang

Asssalamualaikum dan selamat berhujung minggu.

Minggu ni mengikut rombongan sekolah ke Pulau Pinang.

Bertolak awal dari sekolah dan berhenti solat subuh di Masjid Negeri  Pulau Pinang.
Lokasi pertama kami , ke Bukit Bendera. Lokasi wajib kalau ke sana.Tak pernah jemu walau beberapa kali dah ke sana. Kini semakin cantik dengan tambahan  anjung bergambar yang baru dibina.

Sampai awal pagi dengan train pertama menjadi suasana lawatan kami aman damai. Tak perlu berebut untuk bergambar di tempat- tempat strategik.

Akibat terlalu awal , sesampai kami di atas sana semua gerai jualan masih belum dibuka. Nasib la anak- anak ...tak dapat membwli cenderahati .  Nak merasa ABC pun tinggal angan- angan juga.
Melepaslah pula, Sampai ke sudah tak dapat merasa.



Tapi masa kami dah turun kelihatan ramai pengunjung beratur panjang menunggu giliran untuk naik.

Mendaki.

Anjung tinjau.

Masjid .
Jika ke sini singgah la solat di masjid ini.
Semakin cantik dipelihara.

Meriam lama  bertarikh 14.2.39

Awan karpet ...cantik sekali di celah pepohon.

Nun di bawah bandaraya Pulau pinang

House Gate


Entah namanya ku tak tahu.

Dari pandangan kami tinggi di awan

Subhanallah indah sungguh ciptaan Allah.


Mak pun nak satu kenangan di sini.

Beratur nak masuk train.
Normal lane sahaja.
Kalau nak cepat (waktu sesak ) boleh beli tiket laluan fast track.
Namun harus rela membayar harga tiket yang agak mahal.

Seronoknya naik tràin laju.

Di anjung .

Gambar ramai di anjung tinjau.



Sebelum naik .

Train lama.

Port menarik .

Teropong @ rm1 selama 2minit.


                      Shauqi and the gang.





Periuk kera gergasi


Balai Polis

Claremont station



Kau kunci dalam hatiku.




Normal lane vs fast lane.

Bukit Bendera memang tak pernah jemu.


28 September 2019




No comments:

Post a Comment