Assalamualaikum .
Lepas melawat Bukit Bendera , kami semua dah lapar sebab makan 2 keping roti saja pagi ni.
Jom kita pergi ambil nasi kerabu yang ditempah.
Kami menunggu di USM di depan Dewan Utama.
Masuk ke USM rupanya tengah konvo. TAk dapatlah nak makan di wakaf depan masjid .
Lepas ambil nasi terus kami ke Pantai Queenbays berkelah kat sini ramai-ramai.
Berselera makan tepi pantai dengan angin laut dan dapat tengok air laut.
Layan denagn nasi kerabu sedap memang bestla kami makan.
Selepas makan kami makan , kami ke Saanen Ladang Kambing susu di Balik Pulau.
Enjoy budak-budak ni main dengan kambing-kambing yang jinak.
Ruapnya kena bayar nak masuk . RM 8 untuk sorang.
TEngok dalam blog lain percuma.
Tak aci ni!
Taukeh tengah bagi info.
Kami diberi rumput gajah untuk diberi pada kambing makan.
Rakus sungguh sekejap saja habis digigitnya.
Ayam berseluar panjang . Penuh bulu hingga ke kaki.
Selain kambing ada pelbagai binatang dibela di sini.
Ada merak , angsa, burung unta, anjing pelbagai saiz dan jrnis ( dalam bilik) . arnab, dan burung .
Seronok lah budak-budak ni dapat pegang dan dukung dengan kambing susu yang putih melepak tu.
Reban angsa dan merak.
Merak tak layan...dok tidur.
Penerangan sebelum masuk kandang kambing.
Suka daapt dukung kambing.
Berebut .
Burung Unta
Bagi makan rumput gajah
Dalam kandang kambing
Seronoknya.
Beratur tunggu rumput
Anak kambing minum susu
Berebut lagi...sebaldi susu pun boleh habissss
Susu diberi di dalam baldi
Anak kambing nak gigit mak
Lahap
Tu diaaaa
Saya lapar
JAngan gigit jari saya
Dalam kandang
Nak sikit makcik
Bagi rumput lagi
Burung unta nan seekor
Kandang kambing
Bahagian perahan susu
Anak kambing.
Lawatan ini sangat menyeronokkan bagi semua murid-murid. Mereka dapat melihat , menyentuh dan menambah pengalaman sendiri. Walaupun tinggal di kampung tak semua mereka biasa dengan binatang-binatang ini.
No comments:
Post a Comment