03 September 2019

Restoren Batavia (Indonesia ) di Hanoi

Resto Batavia.
Terletak di bucu barisan kedai.



Semua dah  kenyang , sedang menunggu van ambil.


Assalamualaikum.


Pak aji order nasi putih dengan sayur jer dengan jus alpukat.

Mak aji tengah haus selepas berjalan kaki melawat mayat HCM.

Mak aji semedang order kopi vietnam . Sampai rumah dapat batuk dan demam.


Shauqi makan nasi putih dengan sotong.
Besar- besar sotong dia.


Address dia.

Ini cerita hari kedua kami di Hanoi.
Sebelum ni dah tahu tentang  Batavia ni masa terserempak dengan orang Malaysiq di Kedai makan Al Noor sebelah masjid semalam. Mereka dah bagi tahu tentang resto ini.

Hari ni kami sewa van untuk ronda bandar Hanoi seharian .

Van bawa kami melawat museum tapi kena bayar   ( tak free) kami tak masuk .Kami terus berjalan ikut laluan  berbumbung yang disediakan dengan orang ramai yang lain . Katanya yang ini percuma.

Jauh juga berjalan tapi cuaca tak panas sangat lagi pun laluan berbumbung tak kisahla kan.Sambil jalan sambil bersembang tak terasa sangat.

Kami sampai ke bangunan empat segi yang besar.Tak dibenarkan membawa makanan. Jajan yang kami bawa semuanya kena simpan ditempat yang dikhaskan sebelum kami masuk tadi.

Tapi akhirnya, kami sampai ke tempat Ho Chi Min bersemadi rupanya.. Patutlah ada kalungan bunga dan askar yang mengawal selia tempat ini. Bergambar dilarang sama sekali.Setiap penjuru ada askar berdiri memerhati.

Akhinya, bila kami masuk ke dalam bilik , nampaklqh mayat HCM yang  terbaring kaku. Mayat HCM tokoh  negara Vietnam yang berjasa untuk negaranya.

Patutlah percuma, rupanya ini kesudahannya.

Bila nak ke tempat van menunggu kami terpaksa buat pusingan U balik. Punyalah jauh , berpeluh ketiak. Nasib pak aji tak ikut .Pak aji tunggu di van. Dia tak minat nak  berjalan jauh.  

Antara bangunan yang kami jumpa semasa berjalan kaki ke van.




Kaya dengan pokok.


Jajan yang kami tinggal pun tak ambil  sampai kesudah. Jauh nak menapak  nak tuju tempat mula masuk tadi.

Pintu masuk ke tempat  mayat HCM disemadikan. Di sini kami diperiksa dan semua makanan disimpan dan diberi nombor macam nak masuk  pasar raya.

Mausoleum HCM.

Di sini lah mayat Ho Chi Minh diletakkan.

Inilah kenangan yang  tak dapat dilupakan.
Tak nak bayar   ,  nak yang percuma sahaja.
Akhirnya , tengok mayat.



15  Ogos 2019- Hanoi

No comments:

Post a Comment