Assalamualaikum.
Dari tanah air lagi nak jejak kaki di sini. Nak melihat sendiri jalan keretapi dicelah- celah kedai dan bangunan.
Masa dalam van hari kedua ,masa trip ronda kota Hanoi ...mataku terpandang jalan keretapi ini. Tengok si gadis barbaju merah Vietnam sedang berposing di tengah jalan kereta api ini.
Tapi malangnya van tak berhenti di sini .Dia terus ke lokasi kedua kami.
Masa group kami ke kedai-kedai membeli baju dan kasut ,saya dan Pizah tekad mencari lokasi laluan keretapi itu.
Jomm...teruskan misi.
Masalahnya ramai orang Hanoi tak boleh berbahasa Inggeris.
Bila bertanya arah hanya auta-auta tangan saja.
Boeh dikatakan ramai rakyatnya bekerja di hotel atau yang terlibat secara langsung dengan pelancong berbahasa Inggeris tapi orang awam susah nak jumpa yang faham English.
Tanya train pun tak faham.
Tapi mereka ada aplikasi hpone yg boleh
tukar bahasa inggeris ke bahasa mereka.
Akhirnya , dengan segala rintangan kami berjaya sampai juga.
Kedai yang dihias cantik.
Sahabat dari sekolah menengah .
Scene biasa penjual di sini.
Macam Kuih keria yang disira gula.
Laluan kenderaan lain juga sebab merentasi bandar.
Shot ini sama dengan apa ya...?
Trevaloka ke apa...?
Ke Kayak?
Puas hati dah sampai.
Dapat bergambar sekeping dua kami pun berpatah balik ke arah asal...tempat group berkumpul.
Lepas checkin hotel kedua , rupa-rupanya bilik hotel kami terletak bersebelahan jalan kereta api ini juga.
Tapi tak lah secantik lokasi yang kami pergi di atas.Kedai-kedai yang dihias cantik.
Kerap juga keretapi lalu.
Ada keretapi penumpang, barang , kereapi yang ada bilik tidur.
Nampak dari tingkap bilik hotel kami sahaja.
Bermakna bukan pukul 3 atau 7 .30 malam la seperti yang diwar- warkan.
Lokasinya dekat dengan Hotel pertama kami menginap Tu Linh Hotel.
Atau nama barunya Diamond Hotel Hanoi.
15 Ogos 2019.
No comments:
Post a Comment