09 August 2021

Maal Hijrah 1443



 Assalamualaikum  dan salam  Maal Hijrah.

Dah masuk tahun baru 1443, buku amal pahala dan dosa pun bertukar juga.


Semoga tahun baru membawa kebaikan dan kebahagian  kepada kita semua.


Terkenang 2018, musim haji di Mekah.

Penerbangan kami , penerbangan yang dah hujung-hujung ke tanah suci  , jadi masa datangnya Muharram setelah selesainya kerja haji , kami masih di Tanah Suci Mekah.

Melihat  jemaah  yang sudah mula bersiap nak berangkat pulang , terasa  diri bertuah pula kami masih di  sana.


Hotel Qasar Janadryiah Mekah.
Kumpulan kami yang kedua akhir tiba di sini dari Malaysia.

Deretan kedai( macam gerai) sepanjang jalan ke Masjidil  Haram yang meriah dengan pelanggan dulu kian kosong ditinggalkan.... satu persatu.

Kedai yang masih ada pun mula buat jualan lelong.Baru saya faham, bila musim  haji tamat perniagaan pun habis setakat itu.

Kami menunggu hari berangkat ke Madinah pula .Penerbangan pulang ke tanah air  kami dari  Jeddah .

Syukur , kami diberitahu bakal menginap di Hotel   Movenpick yang berada betul - betul tepi pintu masuk  gate 15.

Mengadap masjid Madinah .

Hotel Movenpick bilik berempat .



Laluan setiap kali ke masjid dari Hotel Tabung Haji, mesti melalui bawah jambatan  besar ini,

Menara jam ..mercu tanda Mekah.

Berpusu-pusu orang mendapatkan makan sedekah oleh Pak Arab kaya di sana .
Diedarkan selepas jemaah balik dari masjid.
Lepas Subuh , biasanya akan dapat roti dan air mineral.
Lepas Isyak pula akan dapat nasi , paling seronok kalau dapt nasi Arab .
Beratur pun beraturlah...nak juga ambil  nasi Arab Mekah.


Selepas solat  acara membeli belah akan bermula.
Meriah.....kadang-kadang tak membeli pun tapi pergi juga menjamu mata.

Allah, allah, sebenarnya hati teringat di sana, rindu tapi tak boleh pergi. Hanya angan2 lama terbayang2. 

Mungkinkah  ada rezeki lagi menjejak kaki di sana ?





5 comments:

  1. salam maal hijrah
    mudah2an ada rezeki kita semua utk smpi ke sn lg lps tamat covid ni

    ReplyDelete
  2. Salam Maal Hijrah..dah 17 Muharam..

    InshaaAllah, semoga ada rezeki untuk jd tetamu Allah lg..

    ReplyDelete
  3. rezeki sgt tu hotel dkt dgn pintu masuk...

    ReplyDelete