Assalamulaikum.
Cuti sekolah baru ni kami bercuti ke Kota Bharu . Bertolak Isnin 28 / 8 , jadilah 3 hari 2 malam bercuti di Kelantan.
Kami menginap dua malam di Grand Riverview yang terletak di tengah bandar dan di tepi Sungai Kelantan.
Mak terpaksa ikut , sebab rumah kosong tiada berorang.
Semua pakat out station.
Empat beradik ( Alia , Ain , Shauqi dan Cao ) terbang ke Bangkok.
Lama mak tak ikut makan angin. Last hari tu ikut kami ke Chiangmai .
Lama sangat dah tu.
Jumpa kawan lama X RTBK.
Marini yang dah pindah balik Kelantan.
Etok
Pasar siti Khadijah , cari tapai ubi.
Ramai .
Student dari Korea pun ada.
Kerepeks.
Kuih muih banyak pilihan.
Rambang mata.
Sarapan nasi kerabu.
Banyak pilihan, tapi cik abang saya mesti pilih roti .
Teh tarik dia kawww.
Senja.
Bilik kami dapat melihat sungai .
Walaupun keruh tapi mendamaikan dari view bangunan .
Nmapak Lotus di kejauhan.
Masjid
Bilik kami, standart
Tasik Banding
Percutian sekejap sekadar nak berehat-rehat lebih banyak dok dalam hotel dari keluar bilik. Bila anak-anak VC dari Bangkok , asyik kami di hotel berbanding , mereka merata-rata berjalan di sana .
Kami singgah di Pasar Siti Khadijah, Pasar Tok Guru, PCB, dan malamnya kami ke Wakaf Che Yeh.
Jadilah buat raso-raso.
Semoga diberi kesihatan yang baik untuk travel lagi.
wahhhh best nyaaaa... rindunyaaaa KB. dah lbh 10 thn kot sy x dtg sana... teringinnnnn nak pergi pasar pagi kat sana meriahhhh.... akak tak singgah masjid muhammadi?
ReplyDeletebestnya makanan kat pasar siti khadijah. haritu pergi terkejut tengok murah sangat kuih muih dan nasi dagang semua tu
ReplyDelete